in

Isteri Nafi Tun Abdul Taib Mahmud Dah Meninggal Dunia, Kecewa Tindakan Pihak Tak Bertanggungjawab

Raghad Taib Berita Palsu 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Khabar angin ini sangat sukar untuk dibendung, banyak pihak yang tidak bertanggungjawab suka untuk melakukan perkara ini demi perhatian atau untuk melaga-lagakan sesetengah pihak.

Terbaru, terdapat pihak yang menyebarkan bahawa Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Abdul Taib Mahmud telah meninggal dunia.


Perkara itu membuatkan isteri kepada TYT meluahkan rasa kesal melalui Instagram miliknya, dia turut menyelar perbuatan pihak tidak bertanggungjawab itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raghad Taib (@raghadtaib)

“Membuat berita palsu atau kutukan terhadap seseorang yang telah memberikan seluruh hidupnya untuk Anak Sarawak dan Negeri ini sangat tidak berperikemanusiaan.

Menyebarkan berita palsu demi keseronokkan atau mencemarkan nama baik adalah salah walaupun dalam agama lain. Apakah perasaan anda jika ada ahli keluarga anda dikatakan telah meninggal dunia ketika mereka masih hidup?

Tolong hormati keluarga, ayah, suami, atuk orang lain. Ingatlah bahawa apabila anda mengutuk orang lain, kutukan itu mungkin akan kembali kepada anda juga,” tulisnya di kapsyen.

Menurut laporan MalaysiaKini, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengesahkan TYT Tun Abdul Taib Mahmud akan pulang ke Sarawak dalam masa terdekat selepas menghabiskan percutiannya di luar negara.

Beliau difahamkan telah jatuh sakit semasa percutian itu dan tanpa mendedahkan tarikh kepulangan berkenaan, Abang Johari berkata Abdul Taib kini masih berehat dan status kesihatannya dilaporkan semakin pulih.

Baca: “Nak melancong tapi takde duit” –  Netizen Kecam Pelancong Rusia ‘Mengemis’ Di Sarawak

Pelancong Rusia Mengemis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.