in

Isteri Merangkak Selamatkan Diri Lepas Ditolak Ke Dalam Gaung Di Gerik, Suami Ditahan Polis

Tolak Isteri Jatuh Gaung Cuba Bunuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai melakukan cubaan membunuh terhadap isterinya dengan cara menolak ke dalam gaung.

Kejadian itu berlaku berhampiran KM 31.2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada Sabtu lalu.


Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood memaklumkan pihaknya telah menerima panggilan dari orang awam sekitar jam 2 petang.

Artikel berkaitan: “Ini perkahwinan kedua arwah” – Abang Dedah Lebih Setahun Adik Terima Ugutan Bunuh Oleh Suami

Artikel berkaitan: Rupanya Ini Sebab Kenapa Ada Kes Suami Yang Pilih Untuk B*nuh Isteri Berbanding Cerai

Ajak balik kampung

Katanya, suspek berusia 39 tahun itu yang juga suami mangsa membawanya ke Perak kononnya mahu pulang ke kampung kira-kira pukul 5.30 petang Jumaat.

Kereta Terbalik Gerik Jeli Kelantan @Khai5787 1

Namun, berlaku pertengkaran mulut antara mangsa dengan suspek di dalam kereta, sepanjang perjalanan mereka dari ibu kota.

“Apabila sudah malam setibanya di suatu tempat, suspek memberhentikan kereta dan bertindak mengugut mahu membunuh mangsa menggunakan sebilah pisau, namun mangsa merayu sebelum pertengkaran berlaku di dalam kereta itu sambil suspek mencekik leher mangsa.

“Mangsa bertindak terjun daripada kereta tetapi suspek memasukkan isterinya itu semula ke dalam kereta dan terus memecut kereta sehingga tiba di kawasan kejadian jam antara 4 pagi hingga 5 pagi.”

Setibanya di kawasan itu, sekali lagi berlaku pertengkaran mulut antara mereka sehingga menyebabkan suspek menarik mangsa keluar dari kereta.

Berlaku pergaduhan dan pergelutan di bahu jalan dan suspek bertindak menolak mangsa sehingga jatuh ke dalam gaung.

Bagaimanapun, mangsa berjaya menyelamatkan diri meskipun terdapat beberapa kesan kecederaan dengan merangkak naik ke bahu jalan sebelum dijumpai oleh orang awam.

“Mangsa mengalami kesan calar, luka serta lebam pada tubuh dan kini menerima rawatan di Hospital Taiping,” katanya.

Suspek kini berjaya ditahan pihak polis dan akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.