Tiada angin, tiada ribut, kita dikejutkan dengan berita yang isteri kepada pelakon Edika Yusof iaitu Nor Hidayah Yusri telah failkan perceraian terhadap suaminya sejak pertengahan Februari lalu.
Ianya disahkan oleh peguam yang mewakili Hidayah iaitu Mohd Yazid yang hadir bagi sebutan pertama kes itu di Makamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Artikel berkaitan : “Cinta lelaki teragung” – Ini 5 Kisah Pengorbanan Luar Biasa Suami Untuk Isteri Tercinta
Artikel berkaitan : “Kalau dah jiwa pendidik” – Cikgu Tetap Nak Sampaikan Ilmu Walaupun Terlantar Sakit di Hospital
“Untuk hari ini adalah sebutan biasa sahaja iaitu sebutan bagi penyerahan dokumen, sepatutnya pihak defendan (Edika) perlu hadir namun kami menerima surat daripada pihaknya yang menyatakan tidak dapat hadir mungkin atas alasan kerja dan sebagainya. Dan mahkamah telah menetapkan 23 April depan sebagai tarikh bagi sebutan semula.”
Bagaimanpun, beliau tidak berkongsi secara terperinci mengenai punca perceraiannya itu dan hanya memaklumkan ia kerana tiada persefahaman dan Hidayah mahu berpisah.
“Sebab-sebab (pemfailan) saya tak boleh sebut secara terperinci kerana ianya bersifat subjudis kepada pihak defendan.”
“Mungkin, alasan-alasan tersebut akan dibentang berdasarkan kepada arahan Hakim pada 23 April depan.Tetapi, secara umumnya ialah tiadanya persefahaman antara plaintif dan defendan.”
Dalam pada itu, Gempak turut melaporkan bahawa Hidayah juga enggan mengulas secara terperinci mengenai hal rumah tangganya. Dia mengatakan bahawa dia ingin mendengar kenyataan daripada pihak suaminya itu sebelum memberikan sebarang respons.
Bahkan, Hidayah juga mendedahkan yang dia dan Edika tidak lagi duduk serumah, bagaimanapun tidak menjelaskan sejak bila ia berlaku.
“Saya dan dia sudah tidak serumah cuma tak perlulah saya kongsikan sejak bila.”
Sebelum ini, Edika Yusof menjadi tumpuan rakyat Malaysia kerana sikap setianya menjaga Hidayah yang lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak kedua mereka sejak 16 tahun lalu.
Sebagai info, Edika dan Hidayah telah mendirikan rumah tangga hampir 22 tahun dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nazirul Afiq, Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.
Sumber : Gempak