Dunia hiburan Indonesia kini tertumpu kepada kemelut rumah tangga penyanyi terkenal, Virgoun apabila isterinya, mendedahkan dia curang terhadapnya sejak dua tahun yang lalu.
Inara Rusli telah mendedahkan kegiatan Virgoun, 37, yang didakwa pernah melakukan hubungan intim selepas membayar beberapa orang wanita yang menawarkan perkhidmatan berkenaan.
Menerusi akaun Instagram miliknya, Inara berkata, sebelum ini suaminya pernah membuat perjanjian secara bertulis agar tidak mengulangi perbuatan curang tersebut, namun dia telah melanggar perjanjian yang dibuat.
Isteri Virgoun turut membuat beberapa dakwaan bahawa suaminya itu telah mengulangi perbuataan curang itu selain meminta Inara melakukan hubungan intim di siang hari pada bulan Ramadan.
Selain itu, Inara juga mendakwa suaminya memaksa dia untuk mengambil ubat kurus selain diminta membuka purdah yang dipakai.
Hilang hak penjagaan anak-anak
Inara telah mendakwa Virgoun menjalin hubungan terlarang bersama wanita yang dikenali sebagai Austina Tenri Ajeng Anisa yang telah berlarutan sejak dua tahun lalu.
Dalam pada itu, Virgoun pernah menandatangani sebuah surat perjanjian yang mengakui segala perbuatan curangnya serta tidak akan lagi berhubung dengan Austina selagi dia bergelar suami kepada Inara.
Menerusi surat perjanjian tersebut juga, Virgoun juga bertanggungjawab untuk diadili mengikut agama Islam sekiranya dia melanggar isi kandungan surat berkenaan.
Difahamkan, Virgoun akan menjatuhkan talak terhadap isterinya selain memberi nafkah sebanyak IDR40 juta (RM11,000), serta memberikan hak penjaan tiga anak mereka kepada Inara.
Hmmm kita doakan yang baik-baik sajalah untuk mereka…
Sumber : Detikhot
Baca : “Jangan buat spekulasi” – Syada Amzah Nafi Ibu Failkan Cerai