Israel merekodkan kes pertama penyakit ‘Florona’, jangkitan baharu yang didakwa mempunyai jangkitan dua kali ganda daripada Covid-19 dan Influenza.
Perkara ini dilaporkan oleh Arab News pada Khamis lalu menerusi satu ciapan.
#BREAKING: #Israel records first case of #florona disease, a double infection of #COVID19 and influenza: Al-Arabiya https://t.co/PTTLP4n0rS pic.twitter.com/mYpgnG8ZE1
— Arab News (@arabnews) December 31, 2021
1. Israel has detected the world’s first case of the ‘Florona’ disease, which is a double infection of Covid-19 and influenza.
The ‘double disease’ was found in a pregnant woman who came into a hospital to give birth. pic.twitter.com/7wCm39Xdty
— BFM News (@NewsBFM) December 31, 2021
Sementara itu, penyedia kesihatan nasional Israel telah mula memberikan suntikan vaksin keempat terhadap Covid-19 pada hari Jumaat lalu kepada individu yang mempunyai sistem imun yang terjejas.
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Nachman Ash, bersetuju dengan dos penggalak selepas melihat wabak Omicron yang mula merebak. Bagaimanapun, dos penggalak keempat akan diberikan sekurang-kurangnya 4 bulan selepas suntikan ketiga.
Untuk rekod, kes jangkitan Covid-19 di Israel semakin meningkat. Menurut data baharu Kementerian Kesihatan di sana, hampir 5,000 kes baharu dikesan pada Khamis lalu.
Kredit: Times Now News
BACA: FDA Sahkan Keputusan Ujian Kendiri Covid-19 Kurang Berkesan Terhadap Omicron