in

Ismanira Menangis Teresak-esak Apabila Nama Adik Zayn Rayyan Disebut Peguam

ibu zayn rayyan menangis ismanira

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ismanira Abdul Manaf yang juga ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matin dilihat menangis di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya ketika sesi mitigasi peguam untuk mengurangkan hukuman dalam bentuk denda sahaja tanpa pemenjaraan selepas dia mendapati bersalah mengabaikan kanak-kanak autisme tersebut, dua tahun lalu.

Ismanira, 30, menangis teresak-esak di Mahkamah Sesyen apabila peguam belanya, Haresh Mahadevan menyentuh mengenai perkembangan kesihatan anak keduanya, adik bongsu Zayn Rayyan yang kini dijaga oleh keluarga saudaranya.


3325363

Tangisan Ismanira juga dilihat semakin kuat sehingga ibu mentuanya yang juga ibu kepada Zaim Ikhwan Zahari, 30, menghulurkan tisu untuk menenangkannya.

Dalam hujahannya, Haresh juga memohon anak guamnya dikenakan hukuman denda sahaja dan bukan hukuman penjara kerana ia boleh jejaskan keadaan anak bongsu mereka yang juga seorang kanak-kanak istimewa.

Artikel berkaitan: Ismanira Didapati Bersalah Pertuduhan Abai Anak Lelaki, Zayn Rayyan

Artikel berkaitan: Ibu Zayn Rayyan Dihukum Penjara Lima Tahun

Anak kedua pasangan ini juga menghidap autisme, seperti Zayn Rayyan.

“Disebabkan kes ini, Ismanira hanya dibenarkan bertemu anaknya kurang daripada 48 jam seminggu.

Malah, ketika pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat mengambil kanak-kanak itu, dia menangis dan berpaut kuat pada ibunya kerana enggan dibawa ke lokasi lain,” katanya.

Katanya lagi, kanak-kanak yang menghidap autisme lazimnya sukar memahami perubahan drastik dan boleh alami kemurungan sekiranya dipisahkan daripada ibu bapa tanpa persediaan emosi yang kuat.

571750945 25002472836082796 655235083412678802 n

Justeru katanya lagi, hukuman penjara hanya akan memburukkan keadaan dan memberi kesan psikologi yang serius kepada anak tersebut.

Mengikut peruntukan undang-undang, bagi kes seumpama ini, hukuman penjara bukan bersifat mandatori dan mahkamah mempunyai budi bicara untuk mengenakan hukuman denda,” katanya.

Namun dalam satu perkembangan terbaru, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya telah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepada Ismanira sebentar tadi.

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.