Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri sememangnya dikenali dengan sifat dan perwatakan beliau yang berdakwah dengan lemah-lembut. Sejuk je dengar nasihat beliau ni kan.
Berikutan pelantikan beliau sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), rata-rata netizen terutamanya yang beragama Islam telah menyambut baik dengan pelantikan tersebut. Alhamdulillah.
Namun, ada juga kaum lain yang turut gembira dengan berita baik tersebut. Seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian, seorang pemuda Cina yang tinggal di Kuantan turut meluahkan rasa gembiranya terhadap jawatan baru Dr. Zulkifli itu.
Bagus betul dia ni, barulah hidup aman damai dekat Malaysia ni kan.
Pemuda yang dikenali sebagai Asiang ini telah memuat naik ucapan tahniah terhadap Mufti Wilayah di Facebook baru-baru ini.
Status yang dimuat naik itu telah viral di laman sosial yang lain dan mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen.
Katanya, dia sememangnya dikelilingi oleh orang Muslim sejak berumur 17 tahun setelah berpindah ke Kuantan dari Rompin untuk mengikuti abangnya yang bekerja di situ.
Selepas setahun, saya kenal dengan Muzzamer atau Muzz, maka hidup saya dengan orang Melayu Muslim bermula dan bertambah rapat
Menurut Asiang lagi, dia juga gemar untuk membaca status Menteri Hal Ehwal Islam ini di Facebook. So, tak pelik lah kalau dia ucap tahniah dekat Mufti Wilayah kita ni.
Benda baik macam ni kita kena ikut, barulah hidup harmoni.
Baca: “Akhlak mulia seorang pemimpin” – Mufti WP Rela Basah Kuyup Bantu Orang Tolak Kereta