in

Iran Beri Amaran Akan Buat Serangan Lebih Dahsyat Terhadap Israel Kalau US Masuk Campur

Collage 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan serangan Tehran yang melibatkan lebih 300 dron dan peluru berpandu ke atas Israel malam tadi, Iran telah memberi amaran kepada Israel bahawa serangan lebih besar bakal berlaku sekiranya serangan tersebut dibalas, serta turut meminta Amerika Syarikat untuk tidak masuk campur.

Perkara ini telah diberitahu sendiri oleh Presiden Iran, Ebrahim Raisi dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.


Jika rejim Zionis atau penyokongnya cuba untuk membuat perkara yang membahayakan, mereka akan terima serangan yang lebih dahsyat.”

Artikel berkaitan: Iran Lancar Serangan Menggunakan Dron Ke Atas Israel

Artikel berkaitan: Palestin Terima Sorakan Gemuruh Walaupun Kalah Dalam Perlawanan Piala Asia Menentang Iran

139602232107567910835414

Ketua tentera Iran, Mejar Jeneral Mohammad Bagheri pula mengatakan, serangan yang dibuat ke atas Israel tersebut telah pun dianggap selesai dan mereka tak ada rancangan untuk meneruskannya lagi.

Selain itu, Menteri Luar Iran, Amir Abdollahian berkata, serangan yang dibuat oleh Iran ini telah pun dirancang dengan lebih awal untuk mengelakkan kemusnahan yang besar. Malah, Tehran turut memberitahu AS tentang rancangan untuk menyerang Israel 72 jam sebelum ia berlaku.

Namun begitu, komander Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Hossein Salami memberi amaran bahawa Tehran akan bertindak balas terhadap serangan Israel ke atas kepentingan, pegawai atau rakyat mereka.

Mulai sekarang, jika Israel serang kepentingan rakyat Iran, kami akan menyerang dari Iran.”

Serangan dari Iran ini boleh dianggap sebagai perkara paling bersejarah untuk negara tersebut, Ini kerana, selama lebih 40 tahun, Iran telah bercakap tentang niat mereka untuk berperang dengan Israel sehinggakan ketika serangan tersebut dibuat, beberapa bandar di Iran telah membuat sambutan ke atas serangan udara tersebut.

Ap24105000067015.Jpg

Kalau korang nak tahu, serangan yang dibuat oleh Iran pada lewat malam Sabtu ini dibuat selepas Israel dipercayai telah membuat serangan udara ke atas kompaun kedutaan Iran di Damascus pada 1 April lalu sekaligus membunuh beberapa ahli IRGC.

Manakala ketenteraan Israel mengatakan, angkatan tenteranya telah pun menembak jatuh 99 peratus dron dan peluru berpandu dari Tehran dan kini sedang membincangkan tindakan selanjutnya yang bakal diambil oleh mereka.

Di mana dalam satu kenyataan, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengatakan:

Kita pintas. Kita sekat. Bersama-sama kita akan menang.”

Sementara itu, Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant memberi amaran bahawa peperangan dengan Iran “masih belum selesai”.

Sumber: Al-Jazeera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.