Macam yang korang semua tahu, Puteri Sarah sebelum ini telah memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira Kazar yang didakwa merupakan kekasih kepada suaminya, Syamsul Yusof.
Ekoran laporan ini, Ira Kazar telah pun dipanggil oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada 18 Ogos lalu bagi membantu siasatan.
Memetik laporan dari Harian Metro, anak kepada pelakon veteran Kazar ini juga difahamkan akan ditahan oleh Jawi.
https://www.instagram.com/p/ChUbvhpPKgu/
Dia kini sedang disiasat berdasarkan Sesyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 kerana menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.
Untuk pengetahuan korang, akta ini membabitkan mana-mana individu yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana lelaki atau perempuan supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri.
Jika disabit kesalahan, individu ini boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tak lebih dari tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Sebelum ini, Puteri Sarah pernah berkata selepas empat tahun menahan sabar dan menanggung derita, dia bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang.
https://www.instagram.com/p/CfauPZjggZi/
Katanya, tujuan dia mengambil tindakan ini adalah bagi mempertahankan maruahnya yang lama tercalar selain menuntut keadilan dan memperjuangkan haknya sebagai wanita teraniaya.
Baca: “Dilarang muat naik apa-apa di media sosial” – Mahkamah Larang Ira Kazar Ganggu Puteri Sarah