in

“Insya-Allah akan lebih peka…” – Dahlia Rizal Minta Maaf, Jelaskan Isu Guna Produk Diboikot

Syaz Ft 55

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan kemelut yang kini melanda tanah Palestin, ramai antara kita yang memilih untuk memboikot barangan serta jenama yang berkait dengan negara Israel atau yang menyokong tindakan rejim zionis itu.

Malah ada juga kempen block out 2024 di mana sebilangan besar selebriti serta influencers antarabangsa diboikot serta block kerana mempromosi serta menghadiri acara Met Gala meskipun adanya perang yang kini sedang berlaku.


Artikel berkaitan: “Pandai dia layan budak tu” – Jumpa Kanak-kanak Sesat Di Korea, Dahlia Rizal Cuba Tenangkan Dengan...

Artikel berkaitan: #Blockout2024: Pergerakan Terbaru Ni Buat Ramai Selebriti A-List Diboikot, Artis M’sia Pun Terkesan!

Perkara itu juga turut dilakukan oleh netizen Malaysia dan ada pihak yang mengeluarkan senarai selebriti dan influencers tempatan yang terpalit dengan jenama-jenama tersebut.

Salah seorang influencer yang terkesan ialah Dahlia Rizal, rata-rata netizen mendakwa dia menggunakan jenama yang diboikot serta tidak menggunakan platformnya untuk bersuara mengenai Palestin.

Terbaru, Dahlia menerusi laman Instagram miliknya menjelaskan situasi sebenar berkenaan isu boikot itu dan dia juga meminta maaf atas kesalahannya yang mungkin menyinggung mana-mana pihak.

Cats 11

“Penglibatan Dahlia hanyalah sebagai model/talent bagi sesi fotografi mereka. Seperti yang diketahui umum, Dahlia langsung tidak pernah membuat sebarang posting mengenai sesi fotografi berkenaan.

Apatah lagi mempromosikan jenama terbabit kerana penglibatan Dahlia hanyalah sebagai model/talent. Segala posting hanya dibuat oleh pihak jenama tersebut,” tulisnya.

Malah, Dahlia juga meminta maaf berkenaan isu tersebut dan berjanji untuk lebih peka dalam isu sensitif sebegini.

Dia juga turut menegaskan dia akan sentiasa menyokong Palestin dan akan menggunakan platform yang dimiliknya untuk sentiasa menyebarkan berkenaan isu tersebut.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.