Lebih kurang sebulan yang lepas, kecoh di media sosial bila seorang instafamous terang-terangan memberitahu yang dia telah berjaya rentas negeri ke Johor untuk berbulan madu ketika PKP.
Disebabkan ini, ramai netizen telah meluahkan rasa bengang mereka dengan perkongsian wanita tersebut. Mana taknya, orang yang ada urusan lebih penting nak rentas negeri bukan main susah lagi nak dapat kan?
Selepas isu ini tular, pihak polis telah pun menjalankan siasatan dan mendapati sebenarnya pasangan suami isteri tersebut pergi ke Johor bukan berikan alasan untuk berbulan madu, namun atas urusan perniagaan. Pulak dah…
Kerana pasangan suami isteri ini didapati melanggar perintah rentas negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bulan lepas ini, sebentar tadi Mahkamah Majistret KL telah pun menjatuhkan hukuman penjara sehari kepada pasangan ini serta denda RM2,500, lapor BERNAMA.
Pun begitu, ramai netizen tetap tak berpuas hati dengan keputusan yang diberikan kerana merasakan hukuman penjara dan denda yang diberikan ke atas pasangan suami isteri ini terlalu sedikit.
Apa pendapat korang dengan hukuman yang dorang dapat ni?