in

Insiden Paragon Mall: Ini 3 Kes Pembunuhan Rambang Yang Pernah Berlaku Di Thailand Dari 2020-2023

collage 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni kita dikejutkan dengan berita insiden tembakan rambang yang berlaku petang semalam di Paragon Mall, Bangkok.

Selain Bangkok menjadi tempat tumpuan untuk rakyat Malaysia pergi bercuti, ia juga terletak sangat berhampiran dengan negara kita jadi sedikit sebanyak memang agak terkesan dengan kejadian yang berlaku ini.


Lepastu ramai juga yang tanya, selamat ke sebenarnya nak bercuti ke Thailand ni? Berapa kerap sebenarnya kejadian pembunuhan rambang di sana berlaku?

Dalam artikel ni, kita akan menceritakan tentang pemilikan senjata api di Thailand serta beberapa kejadian pembunuhan rambang yang pernah berlaku di Thailand dari tahun 2020 sehingga ke 2022.

Artikel berkaitan: “Tak sangka dia 14 tahun” -Individu Dakwa Pernah Jumpa Penembak ‘Siam Paragon’ Di Padang Sasar

Artikel berkaitan: Insiden Tembakan Di Bangkok: Sekurang-kurangnya 2 Maut & 5 Cedera, Tiada Rakyat Malaysia Terlibat

Negara kedua tertinggi di Asia, pemilikan senjata api kalangan orang awam

Kalau korang nak tahu, Thailand memiliki kadar pemilikan senjata api yang sangat tinggi iaitu 15.10 untuk setiap 100 orang sekaligus menjadikan ia negara dengan pemilikan senjata api tertinggi di Asean dan kedua tertinggi di Asia selepas Pakistan.

Tak cukup dengan itu, Thailand juga mempunyai senjata api sebanyak 1,052,815 untuk tentera dan 230,000 untuk pihak berkuasa. Jumlah ini juga sangat tinggi kalau dibandingkan dengan negara-negara kaya seperti Australia dan Kanada serta negara yang mengalami konflik berterusan seperti Afghanistan dan Syria.

Kadar pemilikan senjata yang tinggi di Thailand ini adalah disebabkan oleh proses yang sangat mudah untuk mendapatkan permit. Malah, nak dapatkan permit senjata api di sana juga sangat mudah senang dan cepat di mana seseorang itu hanya perlu menjalani proses kurang dari 86 hari dan hanya perlu bayar kos sebanyak 5 baht sahaja untuk satu senjata api. Gila betul!

Kes Tembakan Rambang Yang Pernah Berlaku Di Thailand Dari 2020-2023

Ekoran kadar pemilikan senjata yang sangat tinggi di Thailand ni, memang tak hairanlah kalau Thailand merupakan negara kedua tertinggi selepas Filipina di antara negara-negara Asia Tenggara yang mempunyai kematian melibatkan senjata api.

Dekat bawah ni adalah antara kejadian yang melibatkan pembunuhan rambang yang pernah berlaku di Thailand dari tahun 2020 sehingga 2022.

1. 8 Februari 2020

c1 1853804 700

Seorang pegawai tentera telah melakukan tembakan rambang di sebuah pusat membeli belah Korat Mall yang terletak di Nakhon Ratchasima dan membunuh seramai 29 orang dan mencederakan 58 yang lain sebelum dia ditembak mati.

Serangan ini bermula selepas pelaku tersebut menembak dan membunuh pegawai pemerintahnya dan dua pegawai lain di Kem Tentera Suratham Phithak sebelum memandu kereta yang dicuri dari kem tersebut dan pergi ke Korat Mall. Semasa dalam perjalanan, pelaku ini turut melepaskan tembakan ke arah beberapa orang di tepi jalan Wat Pa Sattha Ruam dan kuil Buddha sebelum menyasarkan tembakan terhadap orang-orang di pusat membeli belah tersebut.

Ketika serangan ini juga, pelaku turut memuat naik update di Facebook serta membuat siaran langsung melalui akaun peribadinya itu. Ia merupakan pembunuhan rambang paling banyak meragut nyawa dalam sejarah Thailand sebelum kejadian pembunuhan rambang Nong Bua Lhampu yang berlaku pada tahun 2022.

2. 7 Januari 2022

Shooting at a Phuket market leaves 2 dead

Seorang lelaki telah membuat tembakan rambang di pasar segar yang terletak di bandar Phuket. Kejadian tersebut telah menyebabkan dua orang terbunuh dan tiga lagi cedera.

Pelaku yang terlibat merupakan seorang lelaki dari Songkhla berusia 47 tahun yang telah mengendalikan gerai makanan laut di kawasan pasar tersebut. Selepas melepaskan tembakan tersebut, lelaki ini telah melarikan diri menggunakan kereta sebelum menghubungi polis dan mengatakan bahawa dia mahu menyerah diri.

Polis mengesyaki tembakan ini berlaku akibat pertengkaran di antara peniaga-peniaga gerai.

3. 6 Oktober 2022

20221009 1665329062 42

Dianggap sebagai kejadian pembunuhan rambang paling dahsyat dalam sejarah Thailand apabila Panya Khamrab telah membunuh seramai 36 orang dan mencederakan 10 yang lain dalam kejadian tembakan, tikaman serta merempuh dengan kenderaan sebelum membunuh dirinya sendiri di Nong Bua Lamphu, Thailand.

Lebih menyedihkan, serangan ini berlaku di sebuah taska kanak-kanak. Pada pagi hari kejadian, Panya Khamrab yang juga merupakan seorang bekas pegawai polis telah memandu trak pikapnya dari rumah dan tiba di taska pada 12.50pm dengan membawa sebuah pistol 9mm, satu senapang patah dan sebilah pisau.

Khamrab telah menembak mati seorang bapa dan anak yang ada berhampiran taska tersebut sebelum masuk ke dalam taska dan menyerang empat atau lima pekerja di sana, tiga dari mereka meninggal dunia.

Salah seorang yang maut merupakan seorang cikgu yang sedang mengandung lapan bulan, beberapa pekerja lain telah melarikan diri dan saksi mengatakan bahawa mereka menyangka bunyi tembakan tersebut merupakan bunga api.

Khamrab kemudiannya telah masuk ke sebuah bilik menempatkan kanak-kanak yang sedang tidur dan mula menyerang mereka menggunakan pistol. Kalau korang nak tahu, terdapat seramai 30 kanak-kanak di taska ketika serangan tersebut dan sebanyak 19 mayat kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan ditemui di taska tersebut.

Selepas menyerang taska, Khamrab melarikan diri menggunakan keretanya sebelum menembak mati tujuh orang lain dalam serangan dan merempuh dua orang pejalan kaki sekaligus mencederakan mereka. Salah seorang penduduk di sebuah kampung juga turut mati dirempuh lelaki ini.

Sejurus tiba dirumahnya, Khamrab telah menembak mati isteri dan anak lelaki tirinya sebelum dia kemudian membakar dirinya dan keretanya menggunakan petrol. Khamrab turut menembak mati isteri dan anak lelaki tirinya sebelum dia membunuh dirinya sendiri.

Seramai 36 orang telah mati dibunuh akibat serangan ini dan 24 dari mereka adalah kanak-kanak. Umur mangsa-mangsanya pula adalah diantara 3 ke 69 tahun.

Sumber: TDRI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.