Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar menegaskan bahawa keputusan mengehadkan liputan media dengan melarang wartawan berada dalam mahkaman bagi inkues Allahyarham Zara Qairina adalah untuk menjaga kemaslahatan dan melindungi saksi kanak-kanak.
Tindakan mengikut Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak itu bukanlah mahu menyekat kebebasan media kerana maklumat diperlukan media masih boleh diperolah menerusi peguam yang terbabit dalam kes itu.
Artikel berkaitan : Shafie Apdal Kena Surat Tunjuk Sebab Susulan Kenyataan Tentang Kes Zara Qairina
Artikel berkaitan : Peguam, Datuk Ram Singh Buat Laporan Polis Susulan Kebocoran Maklumat Mengenai Saksi Inkues Zara Qairina
Ada banyak hal sensitif sepanjang inkues yang perlu dilindungi daripada saksi bawah umur
Beliau berkata, ada banyak perkara sensitif yang berlaku sepanjang inkues berkenaan dengan keterangan daripada saksi bawah umur, ia memerlukan pendekatan lebih berhati-hati supaya tidak menjejaskan keseluruhan prosiding.
“Tindakan mengehadkan liputan media dalam mahkamah ini adalah bersifat sementara dan hanya tertakluk kepada bahagian prosiding membabitkan keterangan sensitif daripada kanak-kanak.”
“Ia perlu dilakukan bagi menjaga kemaslahatan, kredibiliti prosiding kes dan kerahsiaan saksi bawah umur.”
“Kita bimbang jika tidak dikawal, kes ini boleh tercemar dan mengganggu kredibiliti mahkamah serta keselamatan saksi kanak-kanak apabila maklumat tidak benar disebar serta disensasikan terutama di media sosial.”
Beliau memberikan kenyataan sedemikian setelah diminta untuk mengulas keputusan mahkamah yang tidak membenarkan liputan media secara langsung bagi segmen tertentu dalam prosiding inkues berkenaan yang sedang berlangsung. Dalam inkues itu, ia membabitkan lima orang kanak-kanak yang dikatakan terbabit dalam kes membuli Allahyarham Zara Qairina.
Menurut sumber, dalam Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611), identiti kanak-kanak yang merangkumi nama, tempat tinggal ataupun butiran ibu bapanya dilarang untuk dihebahkan bagi melindungi mereka dan ia sekaligus gus mengelakkan sebarang implikasi negatif terhadap masa depan mereka.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk melarang media daripada menggunakan laporan sensasi yang boleh jejaskan hak serta kebajikan kanak-kanak yang terlibat.
Oleh itu, mana-mana pihak yang telah melanggar kesalahan ini boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 10,000 atau dipenjarakan tidak lebih dari lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Jelas Mohd Dusuki lagi, keputusan larangan yang dikenakan terhadap semua saksi kanak-kanak itu turut dipersetujui oleh Koroner Amir Shah Amir Hassan yang mengendalikan inkues itu selepas mengambil kira pandangan pasukan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) kes berkenaan.
“Kes Allahyarham Zara Qistina ini memberi impak berbeza dengan kes lain dan saya ikut pandangan daripada pasukan DPP demi kebaikan semua pihak terutama kanak-kanak yang terbabit sebagai saksi.”
“Namun, kita benarkan media dapatkan maklumat sah melalui saluran yang betul iaitu peguam yang mewakili semua pihak terbabit tetapi jangan sesekali dedahkan identiti saksi atau tertuduh bawah umur,” katanya sambil menambah pihaknya mengamalkan konsep ‘terbuka dengan kawalan’.”
Jelas Mohd Dusuki lagi, prosiding kes itu telah banyak dicemari di media sosial dan pihaknya tidak mahu perkara itu terus meleret yang akhirnya boleh mencemarkan imej wartawan yang menjalankan tugas secara beretika.
Sumber : Berita Harian