Pihak berkuasa telah menetapkan hanya satu kereta satu pemandu sahaja sepanjang musim PKP ni, ia bertujuan untuk memastikan agar dapat mengurangkan kadar risiko pendedahan kita terhaap wabak Covid-19.
Namun begitu masih ramai je yang ingkar arahan dan degil, sehingga ada yang ambil kesempatan dengan bangganya tayang di media sosial dapat menipu polis.
Disebabkan sikap orang-orang beginilah memberikan kesan kepada mereka yang betul-betul dalam keadaan terdesak macam apa yang terjadi kepada si suami ini.
Isteri terpaksa keluar seorang. Inilah nasib marhaen seperti kami dalam usaha mematuhi PKP.”
Oleh sebab patuh dengan arahan PKP, lelaki ini terpaksa membiarkan isterinya yang sarat hamil 8 bulan pandu kereta berseorangan ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan susulan.
Ketika sampai di Hospital isterinya tersagat kereta dekat divider tempat letak kereta. Mungkin dalam keadaan sarat mengandung jadi susah kot.
Si suami ini rasa terkilan kerana tak dapat menemani isterinya kerana terpaksa menjaga anak kecil di rumah ketika isteri nak buat check up.
Lebih tertekan lagi apabila pihak hospital enggan menerima pelawat.
Hampir 6K netizen yang retweets kebanyakannya bersimpati dengan nasib pasangan ini. Ya lah PKP ni bengkel tak buka.
Bagaimanapun, baginya ia hanya sekadar isu kecil cuma mungkin agak tertekan dengan kekangan yang mereka terpaksa lalui.
Bagaimanapun menurut netizen, ada sahaja isteri bersalin yang boleh diteman. Tapi sebenarnya ada segelintir cawangan yang tegas, jadi suami tak boleh teman walaupun ketika bersalin.
Bersalin masa PKP, suami tak boleh teman
Bagaimanapun, ada juga netizen yang marah kerana ketegasan mereka sehingga hilang pertimbangan. Mungkin disebabkan nak ambil langkah berhati-hati,
Namun bagi min, kepada mereka yang menipu sebab terdesak macam pasangan yang benar-benar dilalui ini yang telah membuatkan PKP ini semakin diperketatkan.
Baca : “Jangan bangga” – Polis Tengah Cari Individu Yang Bagi Tips Tipu Polis Dekat Media Sosial