in

“Inilah cara yang betul!” – Netizen Teruja Ms. Rachel Tunjuk Sokongan Buat Palestin

Syaz Ft 58

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Watak Ms. Rachel bukanlah nama asing dalam dunia kanak-kanak, Rachel Accurso yang merupakan seorang YouTuber content kanak-kanak itu sangat diminati oleh ramai kanak-kanak dan perisiannya rancangan sangat dipuji oleh ibu bapa.


Lagu-lagu ciptaanya mendapat sambutan hangat dan dia banyak menerapkan lagu-lagunya dengan pengajaran penting seperti menunjuk, bertepuk tangan dan membunyikan perkataan.

Artikel berkaitan: Ini 7 Selebriti Terkenal Yang Tetap Sokong Palestin Walau Hilang Pekerjaan

Artikel berkaitan:  Tempat Perlindungan Terakhir Rakyat Palestin Diserang Israel, Ini Apa Korang Perlu Tahu Tentang Rafah Sekarang

Menerusi laman media sosialnya, Ms. Rachel memuat naik sebuah video yang memberitahu dia ingin membantu kanak-kanak di Gaza, Congo serta Ukraine yang kini berada dalam peperangan.

@msrachelforlittles

Tag @Cameo ps of course i have made my own donations and am an ambassador for @Save the Children US #momsoftiktok #toddlermom #toddlers #cameo

♬ original sound – Ms Rachel

“Satu idea datang kepada saya pagi ini yang dipanggil ‘mesej cinta: kepada kanak-kanak, untuk kanak-kanak’ dan saya tertanya-tanya jika saya boleh mendapatkan bantuan anda dengannya,” katanya.

Dalam perkongsian itu, Ms. Rachel memberitahu dia ingin berkolaborasi dengan aplikasi Cameo di mana dia akan menyumbangkan kesemua keuntungan yang diraihnya kepada kanak-kanak yang terkesan dengan peperangan.

“Semoga saya dapat membuat anak-anak kecil tersenyum dengan memberi mereka video peribadi, dan kemudian wang itu akan digunakan untuk membantu lebih ramai kanak-kanak yang hidup dalam keadaan yang tidak dapat dibayangkan,” katanya lagi.

Baiknya Ms Rachel!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.