in

Ini Sejarah Kenapa Buah Tembikai Jadi Simbol Solidariti Palestin

3Tembikai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kita sering melihat sokongan solidariti kepada Palestin akhir-akhir ini, pastinya kita perasan dengan kehadiran beberapa sepanduk yang meletakkan gambar buah tembikai. Sebenarnya buah tembikai adalah simbol solidariti Palestin.

Screenshot 2023 10 28 At 11.59.06 Am

Penggunaan tembikai sebagai simbol Palestin bukanlah perkara baru. Ia pertama kali muncul selepas Perang Enam Hari pada tahun 1967, apabila Israel merampas Tebing Barat dan Gaza.


Ketika itu, kerajaan Israel menjadikan kibaran bendera Palestin sebagai kesalahan jenayah di Gaza dan Tebing Barat.

Screenshot 2023 10 28 At 11.59.16 Am

Untuk mengelak larangan itu, rakyat Palestin mula menggunakan tembikai. Ini kerana buah itu apabila dipotong, isi dalaman dan kulitnya memiliki warna yang sama dengan warna bendera Palestin, iaitu merah, hitam, putih, dan hijau.

Artikel berkaitan: Dr. Zulkifli Puji Semangat Anak Muda Malaysia, Tunjuk Sokongan Pada Palestin Dalam Roblox

Artikel berkaitan: “Tiada niat untuk menghina” – Da’i Syed Tampil Mohon Maaf & Jelaskan Perkara Sebenar Lepas Didakwa Tak Sensitif Isu Palestin

Kisah buah tembikai solidariti Palestin

Satu kisah yang berlaku di Semenanjung Gaza, di mana seorang lelaki pernah ditangkap kerana membawa hirisan tembikai—dengan itu memaparkan warna merah, hitam dan hijau Palestin.

Screenshot 2023 10 28 At 11.58.28 Am

Pada tahun 2007, sejurus selepas Intifada Kedua, seorang artis, Khaled Hourani mencipta The Story of the Watermelon untuk sebuah buku bertajuk Subjective Atlas of Palestine. Pada tahun 2013, beliau mengasingkan satu cetakan dan menamakannya The Colors of the Palestinian Flag dan sejak itu dilihat oleh orang ramai di seluruh dunia.

Screenshot 2023 10 28 At 11.57.49 Am

Jadi untuk korang yang cakna dengan isu Palestin ni, jangan pelik kalau nampak ada orang bawa sepanduk tembikai sebagai tanda protes atas kekejaman Israel ke atas Palestin.

Sumber: Time

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.