Nak cari pasangan, benda first yang semua akan tengok mestilah paras rupa. Sapa taknak yang cantik, yang hensem. Tapi, kriteria lain pun kena ambil berat juga tau. Itu satu hal, yang jadi masalah lain bila rumah macam “tongkang pecah”, dah la penat bekerja, balik je serabut kepala.
Niat datang ke rumah yang disewakan atas aduan kerosakan paip membuatkan pemilik rumah terkejut melihat keadaan rumah yang digambarkan seakan “rumah sampah”. Gambar yang dikongsi menerusi akaun Twitter @AnnaSoeraya menunjukkan kondisi dalam rumah yang pada awalnya dikatakan sedikit bersepah oleh penyewa, tapi… Boleh sakit jantung weh tengok.
Bermekap dan Bergaya, TAPI hakikatnya..
Yang paling tak disangka ialah penghuninya merupakan perempuan yang luarnya mekap lawa, wangi dan bergaya. Korang pernah ke satu rumah dengan rakan yang pengotor tapi dekat luar kalah ratu cantik dunia? Tengok atas risiko sendiri, jangan ada yang termuntah pulak.
Tudia rumah macam baru lepas masuk perompak. Ke memang konsep rumah ala-ala treasure hunt? Bukan makanan saja yang bersepah dan dibiarkan tumpah, pakaian dalam dan pantiliners pun dibuang atas lantai. Menggelikan. Bayangkanlah kalau korang yang terpaksa tinggal dekat sini, mesti sehari pun dah give up nak balik.
Kalau tahap pemalas pun selalunya paling teruk kain tak lipat je. itupun dilonggokkan satu tempat, dalam bakul ke. Tapi kalau dah semua benda tak kira kotor ke bersih bergelimpangan dekat bawah, ini dah dikira sakit otak. Pengotor!
So, korang jangan pula kecam sebab tak semestinya yang cantik tu pembersih, tapi tak semua yang cantik tak pembersih. Depends on diri orang tu sendiri. Yang penting, kalau sebelum ni ada orang gaji ke atau tak pernah duduk asrama, semua benda orang yang tolong buat, at least bila keluar hidup berdikari mesti kena pandai sesuaikan dengan situasi. Tak pandai kemas bukan bererti tak boleh belajar untuk mengemas. Apapun selamat mencari pasangan yang pembersih. Cantik tu subjektif, jadi carilah yang sejuk mata memandang.
Baca: “Jijiknya” – Rumah Kena Tinggal Terlampau Kotor, Pemilik Ambil Masa Sampai 4 Hari Untuk Bersihkan