Kalau korang fikir pasangan sejenis boleh terlepas dengan senang tanpa hukuman kat Malaysia ni, korang salah!
Hari ni tercatat sejarah apabila sepasang lesbian berusia 22 dan 32 tahun telah dikenakan hukuman sebat di khalayak umum lepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan hubungan sejenis dalan sebuah kereta April lepas. Ini jugak hukuman sebat pertama di khalayak ramai yang pernah berlaku kat Malaysia!
Menurut Berita Harian, hukuman ni telah diadakan di hadapan kira-kira 100 orang sekitar jam 10.10 hingga 10.16 pagi tadi di luar bilik Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu.
Ratusan orang jugak dilihat berkumpul kat luar kompleks Jabatan Kehakiman Syariah, Jalan Sultan Mohammad untuk ketahui sendiri hukuman yang dijalankan dalam dewan bicara 2 mahkamah tersebut.
Rata-rata netizen yang mengikuti isu ni bersyukur dengan tindakan mahkamah Terengganu kerana telah melaksanakan hukuman Islam dengan cara yang adil dan mendidik orang untuk tak lakukan maksiat macam ni lagi.
Dalam pada tu, ada jugak yang tertanya-tanya apa nasib Sajat dan geng pondan terkenal yang lain. Akan kena sebat jugak ke nanti macam dorang ni?
Papepun diharapkan mereka yang telah dikenakan hukuman tu insaflah daripada perbuatan terkutuk ni. Semoga jadi pengajaran buat semua.
Baca: SUHAKAM Tak Setuju Kerajaan Terengganu Hukum Lesbian