in

“Ini pameran jemuran kain ke?” – Penganjur Turunkan Lukisan Lepas Ramai Artis Mengadu Karya ‘Disidai’ Dekat Mall Di KL

collage 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang pernah pergi mana-mana pameran lukisan, biasanya orang yang tengok mestilah nak datang dekat untuk meneliti karya yang dibuat oleh pelukis kan?

Tapi apa yang berlaku di pameran Artisfair di pusat membeli belah Fahrenheit 88 di Kuala Lumpur ni lain pulak.


Penganjur telah dikritik tak menghormati karya bila mereka membuat keputusan untuk menggantung kanvas-kanvas lukisan di tepi balkoni setiap tingkat di mall tersebut

FD7GUVJUcAEgOCn

Memetik laporan dari Coconuts, sekurang-kurangnya dua artis telah mengambil semula karya mereka dari menyertai pameran tersebut selepas melihat cara penganjur menggantung karya seperti menjemur baju.

Screenshot 2021 11 12 at 5.01.41 PM Screenshot 2021 11 12 at 5.02.13 PM

Manakala ramai netizen bersetuju cara pameran seperti ini seolah-olah tak menghormati karya. Tak kurang juga ramai tanya macam mana nak tengok karya tu.

Screenshot 2021 11 12 at 5.04.16 PM down

Bagaimanapun, dikatakan penganjur telah pun menurunkan semua karya-karya pameran tersebut yang digantung di tepi balkoni.

FD MVv VQAE1h5d

Nasib baik penganjur bertindak pantas turunkan balik semua ni. Kalau jatuh tu naya jugak. Bukan je habis semua hasil artis-artis ni, bahaya jugak kalau kena orang. Berat tu!

 

Baca: “So inspired” – Tak Perlu Kertas Lukisan, Anak Murid Pendidikan Khas Ekspresi Bakat Dekat Baju Cikgu

Screenshot 2021 11 12 at 5.14.02 PM

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.