Kes keracunan makanan yang berpunca daripada laksa kebok, sebuah juadah yang femes di Baling, Kedah itu makin lama makin panas.
Setakat ni, sudah dua orang dilaporkan meninggal sebab makan laksa tersebut. Manakala ada 69 kes lagi dikatakan ada kaitan dengan laksa ni. Namun begitu, siasatan punca bagaimana 23 mangsa di Selangor terlibat dalam kes keracunan laksa tersebut akhirnya terjawab.
Ini kronologinya menurut Harian Metro:
- Kesemua mangsa di Selangor dipercayai makan laksa kebok yang dibeli ‘tuan rumah’ sebuah majlis kesyukuran yang diadakan pada 5 Oktober lepas.
- ‘Bapa mertua’ tuan rumah beli laksa tersebut di Baling, Kedah sehari sebelum kejadian (4 Oktober).
- Sampai saja laksa di rumah, ia dimasukkan ke dalam peti sejuk sekitar jam 4 petang (4 Oktober).
- Laksa dikeluarkan pada jam 9 pagi (5 Oktober) dan dihidangkan kepada tetamu sekitar jam 12.30 tengah hari.
- Kuah laksa disediakan tuan rumah sendiri pada malam 4 Oktober. Ia kemudian disimpan dalam periuk dan dibiarkan panas semalaman.
- Laksa dimasak sepenuhnya di Baling dan dibungkus seperti mi sanggul.
Hanya 23 yang sakit dari 27 orang yang makan laksa itu
Menurut sumber, daripada 27 orang yang makan laksa tersebut, hanya 23 saja yang tunjuk simptom keracunan makanan. Antara simptomnya seperti:
- cirit-birit
- muntah
- demam
- sakit kepala
- sakit perut
Seramai 3 orang kini dimasukkan PPUKM dan seorang lagi dirawat di sebuah pusat perubatan dekat Cheras. Kesemua mangsa ni jugak berusia antara 8 hingga 36 tahun. Selebihnya pula hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar dan mereka berusia antara setahun hingga 69 tahun. Semua kini dalam keadaan stabil.
Sehingga kini, masih tiada laporan lengkap yang dikeluarkan KKM berkenaan kes ini. Namun diharapkan semua mangsa cepat sembuh dan tiada lagi kes kematian yang dikaitkan dengan laksa tersebut.
Baca: ‘Tak buka gerai hari itu’ – Isteri Pengusaha Hairan Dengan Dakwaan Gerai Laksa Kebok