Walaupun sebelum ini Charles telah berkahwin dengan Princess Diana, beliau masih tidak boleh melupakan bekas kekasihnya Camilla. Selepas 35 tahun, pasangan ini akhirnya dapat bersama dan kini ditabalkan sebagai raja dan permaisuri United Kingdom.
Jadi, sempena pertabalan King Charles III dan Queen Camilla yang berlangsung sabtu lalu, jom kita imbas semula kronologi percintaan di antara pasangan diraja ini yang penuh dengan kontroversi.
1947
Camilla Shand dilahirkan pada 17 Julai 1947 menjadikan dia 16 tahun lebih tua dari bakal suaminya Prince Charles Philip Arthur George, yang dilahirkan pada 14 November 1948. Anak perempuan kepada Pegawai Tentera British ini membesar dengan bersosial bersama keluarga diraja dan menghadiri sekolah Queens Gate di London dan menghabiskan pelajarannya di Switzerland.
1970
Charles dan Camilla bertemu buat kali pertama di perlawanan polo yang diadakan di Windsor Great Park. Mereka berkongsi minat yang sama dalam sukan polo dan sukan outdoor serta mempunyai sense of humor yang sama. Ketika ini, Camilla juga sempat bergurau tentang moyangnya yang dikatakan pernah ada hubungan sulit dengan King Edward VII.
My great-grandmother was the mistress of your great-great-grandfather. I feel we have something in common.”
Mereka kemudiannya mula menjalinkan hubungan cinta sebelum Charles perlu berkhidmat untuk Tentera Laut Diraja selama lapan bulan. Apabila dia pulang, Camilla telah pun bertunang dengan orang lain.
1973
Seorang pegawai tentera berkuda, Andrew Parker Bowles yang berusia tujuh tahun lebih tua dari Camilla dan pernah bercinta dengan adik perempuan Charles, Princess Anne telah menjadi suami pertama Camilla walaupun beliau masih belum melamar ketika keluarganya dan keluarga Camilla membuat pengumuman tentang pertunangan mereka.
Pasangan ini kemudiannya berkahwin pada Julai 1973 dan dikurniakan dengan dua cahaya mata, Tom dan Laura Parker Bowles. Bagaimanapun, Charles dan Camilla masih lagi berkawan baik sehingga Charles dilantik sebagai bapa pembaptisan kepada anak Camilla, Tom.
1980
Charles yang berusia 31 tahun mula menjalinkan hubungan dengan Lady Diana Spencer yang baru berumur 18 tahun pada ketika itu. Kalau korang nak tahu, Charles menjalinkan hubungan cinta dengan kakak Diana, Lady Sarah Spencer sebelum terjatuh hati dengan Diana.
1981
Charles telah melamar Diana pada 6 Februari 1981. Manakala berita mengenai pertunangan mereka ini diketahui media pada 24 Februari.
Pada 29 Julai 1981, Charles telah berkahwin dengan Diana di St. Paul’s Cathedral dan perkahwinan ini telah ditonton oleh lebih 750 juta penonton di seluruh dunia.
Charles dan Diana kemudiannya melahirkan dua cahaya mata lelaki, Prince William pada 1982 dan Prince Harry pada 1984. Bagaimanapun, hubungan mereka selepas ini mula retak.
1986
Menerusi biografi Charles, beliau dikatakan mula menjalinkan hubungan sulit dengan Camilla pada tahun 1986. Manakala media mula dapat menghidu hubungan dingin di antara Charles dan Diana kerana sering nampak tak bahagia bila keluar bersama.
1989
Diana telah hadir ke majlis hari lahir adik Camilla dan mula menyerang perempuan simpanan suaminya itu dengan berkata…
Aku tahu apa yang berlaku antara kau dan Charles dan aku nak kau tahu yang aku tahu.”
Camilla kemudiannya membalas…
Kau dah ada semua yang kau nak. Kau buat lelaki seluruh dunia jatuh cinta dekat kau dan kau anak dua anak-anak yang cantik. Apa lagi kau nak?”
Walaupun Camilla dah mengaku, Diana masih cuba untuk pertahankan perkahwinannya.
Aku nak suami aku. Aku minta maaf kalau aku jadi penghalang cinta dan ia mesti buat korang berdua rasa terseksa. Tapi aku tahu apa yang berlaku dan jangan cuba buat aku macam orang bodoh.”
1992
Pada Jun 1992, Andrew Morton telah mengeluarkan buku yang bertajuk Diana: Her True Story dan ia telah mengejutkan ramai orang di seluruh dunia sehingga ramai mempersoalkan adakah Charles akan menjadi raja sekiranya dia bercerai dan berkahwin lain (kerana peraturan pada ketika itu tidak membenarkan perkahwinan kedua diiktiraf oleh gereja kerana raja merupakan ketua gereja).
Pada Disember, beberapa hari sebelum perkahwinan Princess Anne dan suami keduanya Timothy Laurence berlangsunng, Perdana Menteri pada ketika itu John Major mengumumkan yang Charles dan Diana telah berpisah secara rasmi.
1993
Sebulan selepas berpisah, satu manuskrip perbualan telefon yang direkodkan secara rahsia pada tahun 1989 di antara Charles dan Camilla Parker Bowles yang dinamakan sebagai “Camillagate” telah dikeluarkan oleh majalah Australia dan Jerman.
Transkrip ini dikeluarkan selepas sebulan manuskrip perbualan antara Diana dan seorang lelaki James Gilbey didedahkan.
1994
Untuk memperbaiki semula imejnya yang telah tercalar selepas perbualan telefon tersebut tersebar, Charles telah membenarkan pembikin filem dokumentari untuk mengikutnya selama setahun setengah namun bila dokumentari tersebut ditayangkan, namun sebaliknya yang berlaku.
Dalam dokumentari tersebut, pengarahnya telah bertanya adakah Charles setia sepanjang perkahwinannya dengan Diana dan beliau mengatakan beliau setia sehinggalah hubungan mereka retak selepas cuba untuk diperbaiki. Bercakap mengenai Camilla pula, Charles mengatakan bahawa wanita tersebut adalah kawan baiknya dan mereka telah berkawan lama dan akan terus berkawan untuk jangka masa yang panjang.
1995
Pada bulan Januari, Camilla dan Andrew Parker Bowles telah mengumumkan yang mereka akan bercerai.
1996
Charles dan Diana bercerai secara rasmi.
1997
Tak lama selepas Charles mengadakan majlis hari lahir yang ke-50 untuk Camilla, Diana telah meninggal dunia di dalam kemalangan tragik di Paris. Ketika seluruh dunia meratapi pemergian puteri kesayangan mereka, Charles dan adik beradik Diana telah terbang ke Paris untuk bawa pulang mayat Diana.
Charles, Prince Philip, Prince William dan Harry serta abang Diana telah mengikuti perarakan pengebumian Diana sementara orang ramai telah meletakkan ribuan bunga di hadapan tempat tinggal Diana di Istana Kensington.
Ekoran kesedihan yang ditunjukkan oleh orang ramai atas pemergian Diana, Charles telah menangguhkan kempennya untuk memberitahu dunia mengenai hubungannya dengan Camilla.
1998
Charles kemudiannya meneruskan proses untuk “menghalalkan” hubungannya dengan Camilla. Beliau telah mengesahkan berita mengenai penemuan Camilla dengan Prince William dan tak lama lagi akan dipertemukan dengan Prince Harry.
Bagaimanapun, Queen Elizabeth II pada ketika itu tidak merestui hubungan Charles dan Camilla sehingga enggan hadir ke majlis hari lahir anak lelakinya itu yang ke-50 kerana Camilla ada di sana.
1999
Pada Januari 1999, Charles telah mengadakan sambutan hari lahir untuk adik Camilla di Ritz Hotel di London. Beliau telah datang berasingan dengan Camilla namun pulang dari parti tersebut bersama di hadapan wartawan dan jurugambar.
Hujung tahun 1999, Camilla dan Charles telah pergi bercuti bersama di Greece bersama Prince William dan Harry.
2000
Charles dan Camilla masih bergelut untuk mendapatkan restu rasmi dari Queen Elizabeth yang membolehkan agar Camilla dapat hadir ke acara diraja dan seterusnya menjadi sebahagian dari keluarga diraja.
Akhirnya, Ratu telah menerima jemputan ke majlis hari lahir Raja Greece walaupun tahu Camilla akan berada di sana. Ia merupakan satu petanda bahawa beliau telah pun menerima hubungan tersebut.
2003
Pasangan ini telah berpindah ke Clarence House iaitu rumah diraja yang terletak di Westminster. Bagaimanapun, keluarga diraja telah memberitahu orang ramai yang duit cukai tidak akan digunakan untuk menghias bilik Camilla.
2005
Pada Februari, Charles dan Camilla telah mengumumkan pertunangan mereka, 35 tahun selepas mereka pertama kali bertemu. Pada 8 April, mereka berkahwin di sebuah majlis awam.
Queen Elizabeth tidak menghadiri majlis perkahwinan tersebut ekoran statusnya sebagai ketua gereja namun telah pergi ke majlis menyambut tetamu.
Bagi mengekalkan gelaran Diana sebagai satu-satunya Princess of Wales, Camilla telah diberikan gelaran Her Royal Highness The Duchess of Cornwall.
2010
Persoalan mula timbul mengenai gelaran yang Camilla akan terima bila Charles ditabalkan menjadi raja ekoran Camilla dilihat sebagai sebab utama perkahwinannya dengan Diana berakhir.
Secara rasminya, Camilla akan mendapat gelaran Princess Consort dan bukannya Queen namun begitu, dalam satu temubual, Charles menjawab bahawa Camilla mungkin akan mendapat gelaran Queen.
Ekoran ini, ramai rakyat telah menunjukkan bantahan mereka sehingga Istana terpaksa menjawab bahawa gelaran Princess Consort masih dikekalkan untuk Camilla sekiranya Charles ditabalkan menjadi raja.
2020
Bagi meraikan perkahwinan mereka yang ke-15 tahun, pasangan ini telah kongsikan gambar mereka berdua di hadapan Birkhall bersama anjing peliharaan mereka Bluebell dan Beth.
Ahead of The Prince of Wales and The Duchess of Cornwall's 15th wedding anniversary tomorrow, we are sharing this photo of Their Royal Highnesses with The Duchess's dogs Bluebell and Beth.
The photo was taken earlier today at Birkhall. pic.twitter.com/0Xw1nxySpu
— Clarence House (@ClarenceHouse) April 8, 2020
2022
Sebahagian dari ucapan Queen Elizabeth ketika sambutan ke-70 tahun pemerintahannya, Ratu telah mengejutkan orang ramai dengan kenyataan mengatakan bahawa beliau menginginkan Camilla digelar sebagai Queen Consort apabila Charles mengambil alih takhtanya.
Gelaran Queen Consort kepada Camilla menjadi rasmi selepas Queen Elizabeth meninggal dunia pada September 2022.
2023
Sebulan sebelum pertabalan King Charles, keluarga diraja telah mengesahkan yang Camilla akan menggunakan gelaran Queen Camilla. Perkara ini diperjelaskan lagi melalui kad jemputan dan kemudiannya di laman web rasmi.
Pada 6 Mei, Queen Camilla telah ditabalkan bersama suaminya King Charles di Westminster Abbey.
Sumber: Town&Country Magazine