Sekiranya korang meminati k-drama mahupun music k-pop, Korea Selatan pastinya menjadi destinasi yang ingin dikunjungi setidaknya sekali seumur hidup. Kalau dalam drama, latar tempat seperti Seoul dan Busan biasanya akan ditonjolkan dengan pelbagai keindahan alam semulajadi, suasana yang romantik, keunikan budaya dan pelbagai lagi.
Sebut pasal travel ke Korea ni, pastinya korang kenal dengan Nadhir Nasar, Hero Remaja yang namanya kian menjadi sebutan dalam kalangan peminat dan tidak lama dahulu menjadi fenomena selepas muncul dalam siri Projek High Council.
Kalau nak tahu, Nadhir sebelum ni ada berkolaborasi dengan AirAsia X untuk promosikan penerbangan terus AirAsia X ke Busan, korang boleh tengok video Korea at First Sight ni di Youtube airasia Superapp.
Jom kita tengok itinerari lengkap 5 hari 4 malam ala Nadhir Nasar ke Busan dan Seoul ni, mana tahu boleh dijadikan inspirasi untuk korang yang ada perancangan untuk ke sana nanti.
Hari 1 : Tiba Di Busan
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Busan akan ambil masa dalam 6 jam 30 minit, jadi korang pasti akan kepenatan bila sampai dekat sana nanti.
Bergantung pada masa korang sampai, kalau sempat korang explore lah kawasan setempat lepas korang check-in dekat hotel, kemudian pergi la Gwangalli Beach antara tampat yang ‘hot’ dalam kalangan pelancong dan merupakan pantai yang paling dekat dengan Busan dan berdekatan dengan Jambatan Gwangandaegyo.
Hari Ke-2 : Gamcheon Culture Village, Songdo Skywalk & Haeundae Beach
Start hari ke-2 dengan pergi ke Gamcheon Culture Village yang terkenal dengan deretan rumah berwarna warni dan street art memang spot yang best untuk Instagram korang nanti!
Tempat ni kira-kira 20 minit berjalan kaki dari Stesen Toseong (Busan Subway Line 1). Kalau katalah korang sampai sini lewat, jangan risau, tempat ni pada waktu malam pun tak kurang hebatnya.
Kemudian, korang boleh naik bas untuk ke Songdo Skywalk dan menikmati pemandangan indah kawasan tersebut berlatarkan kereta kabel. Memang boleh feeling macam dalam drama Korea lah!
Atau, pilihan kedua, korang boleh ke Haeundae Beach, salah satu pantai yang terkenal di Busan. Sama macam pantai tarikan pelancongan yang lain, kawasan pantai ni akan meriah bila hujung minggu atau cuti umum. Jadi, pandai-pandai korang rancang tarikh ye.
Hari Ke-3 : Jagalchi Market & Busan X the SKY
Mulakan hari ke-3 di Jagalchi Market, pasar makanan laut terbesar dekat Korea yang korang boleh menikmati keenakan pelbagai jenis makanan laut segar.
Lepas tu, korang boleh lah menikmati panorama bandar Busan di BUSAN X the SKY yang terletak di bangunan kedua tertinggi di Korea iaitu Haeundae LCT the Sharp, kira-kira sejam perjalanan dari market tadi.
Bayaran masuk ialah 27,000 KRW (RM95+/-) untuk dewasa, dan 24,000 KRW (RM84+/-) untuk kanak-kanak.
View this post on Instagram
Dekat BUSAN X the SKY ni, korang boleh menikmati pemandangan terbaik lautan, banjaran gunung dan landmark terkenal di Busan seperti Pantai Haeundae, Pulau Dongbaekseon, Bandar Marin Haeundae, Jambatan Gwangandaegyo dan Taman Haeundae Blueline.
Hari Ke-4 : Bertolak Ke Seoul, Bukchon Hanok Village & Myeongdong Street Food
Cara paling cepat untuk ke Seoul daripada Busan adalah menggunakan bullet train KTX, kira-kira 2 jam 43 minit. Harga sekitar $74 atau lebih kurang RM335. Pilihan kedua, naik kereta api antara bandar, sekitar RM163. Cuma agak lama lah yang ni, 5 jam 46 minit.
Sampai di Seoul, korang boleh ke Bukchon Hanok Village untuk merasai sendiri pengalaman mengenakan pakaian tradisional Korea selain menghayati seni bina dan kebudayaan tradisional Korea.
Rumah tradisional yang dikenali sebagai hanok ini dikatakan ada disini sejak Dinasti Joseon, terdapat lebih 900 buah kesemuanya dan kebanyakan hanok ini beroperasi sebagai pusat kebudayaan, rumah tamu, restoran dan rumah teh, kiranya korang bolehlah belajar dan menyelami budaya tradisional Korea dekat sini nanti.
Kemudian, korang boleh ke kawasan Myeongdong, daerah membeli-belah dan fesyen yang terkenal di Korea. Korang boleh menikmati pengalaman membeli-belah dan cuba pelbagai streetfood juga dekat sini.
Hari Ke-5 : N Seoul Tower, Han River & Bertolak Ke Kuala Lumpur
Kalau korang dah puas membeli belah dekat Myeondong, boleh lah ke N Seoul Tower untuk menikmati pemandangan bandar Seoul. Korang ada pilihan sama ada nak jalan kaki, atau menaiki kereta kabel untuk ke sini.
Tapi, kalau korang ke sini untuk kali pertama, memang disarankan untuk naik kereta kabel lah, bayaran 14,000 KRW untuk perjalanan dua hala, sekitar RM 49. Dah menikmati panorama Seoul tu, sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur, korang mesti nak amik gambar atau menikmati pemandangan Han River.
Kalau tengok drama Korea, selalu ada babak naik basikal tepi sungai tu biasanya dekat sini lah. Kalau korang minat Running-man, ada banyak jugak episod diorang rakam dekat sini. Jadi, tak lengkaplah ke Seoul kalau tak singgah ke sini sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur.
Amacam? Rasa macam nak book tiket ke Busan tak?
Sebelum tu, suka nak diingatkan, itinerari yang kitorang sediakan ni adalah berdasarkan apa yang Nadhir Nasar & Erysha Emyra ‘share’ dalam video Korea at First Sight tu je tau. Min hanya susun mengikut kesesuaian hari, waktu dan supaya korang boleh menikmati kedua-dua bandar ini berdasarkan tempoh 5 hari sebagai rujukan sahaja.
Jom Ikut Nadhir Nasar Ke Busan!
Kalau korang ada lebih masa, explorelah tempat-tempat lain jugak. Kalau korang nak alami sendiri pengalaman bercuti ke Korea Selatan, AirAsia X tengah adakan promosi ‘Korea at First Sight‘ yang menawarkan penerbangan terus ke Busan serendah RM499!
- Tempoh Tempahan : 7 – 13 Ogos 2023
- Tempoh perjalanan: 1 Okt 2023 – 31 Mac 2024
Dapatkan tambang sehala termasuk semua daripada MYR499* atau nikmati kadar Premium Flatbed dari MYR 1,459* di airasia Super App!
*Tambang sehala termasuk semua, cukai lapangan terbang, caj MAVCOM, surcaj bahan api dan caj-caj lain. Tertakluk terma & syarat .