Bagi mereka yang tinggal di kawasan sekitar Bangi dan Kajang, korang pasti sedar akan bencana alam yang melanda tempat tinggal korang.
Menurut sumber netizen dari Facebook Bandar Baru Bangi Online Community, hujan lebat berserta ribut yang memusnahkan harta benda awam ini dilaporkan berlaku semalam, sekitar petang hingga waktu Maghrib.
Pelajar kolej vokasional laungkan azan, ribut kuat gegar asrama pelajar
Lebih menakutkan, menerusi perkongsian netizen di ruang komen, kelihatan video seorang remaja melaungkan azan di Kolej Vokasional Kajang kerana takut melihat ribut yang terlalu kuat.
Air hujan kelihatan melimpah masuk ke dalam asrama sehingga pelajar terpaksa mengalihkan barang dan tilam katil dari asrama tersebut. Tengok video sampai akhir! Seram!
“Ya Allah kuatnya angin”
Menerusi satu lagi perkongsian video di Instagram, penduduk Bangi telah merakam kejadian hujan lebat dan angin kencang melanda Seksyen 8 Bangi sehingga atap zink dan motosikal jatuh ditolak ribut kuat.
“Bala kalau datang dia tak kena kat orang tu je. Dia kena semua… Pukul rata… Boleh dia kata hak dia nak buat majlis macam tu?”
Pun begitu, admin tak sangka pulak tragedi bencana yang menimpa kawasan Bangi dan Kajang ini dikaitkan aksi tarian lucah di majlis perkahwinan anak Normah Damanhuri, Ahya Rosli.
Bencana ni katanya sebagai macam balasan Tuhan lah kepada masyarakat atas apa yang dilakukan oleh anak Normah Damanhuri ni di majlis perkahwinannya tu. Hmmm min tak tahu nak komen apa. Harap ‘family’ tersebut sedarlah akan kesilapan mereka tu.
Apa-apapun admin harap kita janganlah kaitkan bencana alam ni dengan mana-mana kejadian yang berlaku baru-baru ni. Kita anggap sajalah ia ujian dan teguran dari Tuhan sama rata kepada semua orang. Semoga yang terlibat tabah hadapi dugaan ini.
Baca: Allah Beri Peringatan Dengan Guruh Je, Semua Dah Seram