Walaupun dunia dah serba moden, masih ada di kalangan masyarakat sekarang yang percaya dengan perkara sihir yang syirik. Paling menakutkan, ada yang guna sihir ni untuk memudaratkan orang yang mereka benci. Nauzubillah!
Macam manapun, korang jangan risau. Pengguna Facebook bernama Nurul Hassanah baru-baru ni berkongsi cara/tips untuk upload gambar di media sosial yang dapat elakkan gambar ini daripada kena santau atau sihir.
Cara-caranya seperti berikut:
Tips Pertama
Make sure mata tidak melihat sharp (tepat) pada kamera. Kita tengok sisi.
Tips Kedua
Wajah tak diambil semua, ada half lagi tu sengaja tak bagi nampak. Kira ambil gambar separuh muka lah.
Tips Ketiga
Kalau mata pandang kamera secara sharp dan wajah bagi tengok semua, pastikan upload size yang sangat kecik. Ustaz Azhar pun ada bagi tips ni.
Tips Keempat
Gambar diambil secara separuh yakni tidak menampakkan bawah kaki. Pendek kata tak ambil satu badanlah.
Tips Kelima (Extra tips)
Tidak mendedahkan nama penuh emak di media sosial. Hal ini kerana nama penuh emak antara nama yang paling diminta oleh orang yang buat amalan syirik. Berikut penjelasan Nurul Hassanah dan seorang netizen di ruang komen.
Kalau boleh, tak upload lagi baik
Menurut Hassanah, sihir atau santau ni masih diamalkan orang sekarang dan mudah saja untuk melakukannya hanya dengan sekeping gambar. Macam manapun takde penjelasan yang jelas kenapa melalui gambar, cuma kalau boleh elakkanlah dari terkena sihir yang jenis macam ni.
Katanya lagi, lagi baik kalau tak muat naik gambar langsung tapi kalau untuk kegunaan bisnes dan terpaksa tonjolkan diri atas nama pekerjaan ke, gunakan tips ni.
Hati-hati ye gais dalam dunia serba moden ni, sihir pun boleh advance tau!