Para wanita di luar sana yang gemar dengan produk ‘make-up’ lokal pasti kenal dengan Tyra Kamaruzzaman, pengasas bagi rangkaian kosmetik BeauTyra.
Boleh dikatakan hampir kesemualah produk kosmetik keluaran BeauTyra ini laris bagai goreng pisang panas, habis terjual tak sampai sehari ia dimuat naik di platform jualan.
BeauTyra bakal ditutup?
Pun begitu, penggemar produk kosmetik ini dikejutkan dengan satu kenyataan yang dikeluarkan Instagram rasmi BeauTyra yang mengucapkan ‘selamat tinggal’ buat semua produk yang pernah dikeluarkan brand tersebut.
Menurut posting berkenaan, mereka kini bakal melalui proses transformasi dan era baru bagi BeauTyra selepas lima tahun berkecimpung dalam arena perniagaan kosmetik.
View this post on Instagram
Dengan berat hati, kami mengucapkan selamat tinggal kepada make-up dan produk yang telah menjadikan siapa diri dan kehidupan anda sekarang. Kepada OG, edisi khas, semburan mists, lipstik dan pemerah pipi…
“Untuk menghargai peminat kami, kami mengucapkan terima kasih tak terhingga atas sokongan anda semua. Kepercayaan dan kesetiaan anda semualah yang telah memangkin perjalanan BeauTyra kepada apa ia sekarang dan kami sangat bersyukur.
“Terima kasih kerana menyayangi kami, terima kasih kerana menyokong kami, terima kasih untuk semuanya dalam tempoh 5 tahun ini,” tulis posting berkenaan.
“Selama bertahun-tahun, saya patuh kepada apa yang saya perlu patuh…”
Dalam pada itu, pengasas produk kosmetik berkenaan, Tyra Kamaruzzaman menerusi Instagram peribadinya telah meluahkan perasaan berikutan apa yang berlaku.
Menurut Tyra, perjalanannya selama enam tahun berkecimpung dalam perniagaan kosmetik itu bukanlah mudah, malah ramai juga yang berharap perniagaannya itu akan jatuh bankrap dan gagal.
Walau bagaimanapun, BeauTyra akhirnya terus berjaya dan dia kini memilih untuk membentuk perniagaan tersebut mengikut ‘acuannya sendiri’.
View this post on Instagram
“Selama bertahun-tahun, saya patuh kepada apa yang perlu saya patuh.
“Saya ikut apa yang perlu saya ikut tetapi saya tetap dengan pendirian saya bahawa kalau saya ingin melangkah lebih jauh, saya tak boleh ‘dikurung’ di dalam sangkar dengan orang yang membataskan saya. Saya perlu terbang, BeauTyra perlu pergi lebih jauh.
“Selepas sekian lama mempertahankannya, kali ini saya boleh menguruskannya dengan cara saya sendiri. Untuk sekian lama, BeauTyra adalah ‘bayi’ semua orang tapi kini dia hanya milik saya seorang.
“Ini bukanlah selamat tinggal, tapi kita akan berjumpa lagi. Saya bakal mencipta empayar saya sendiri. Kali ini dengan CARA SAYA sendiri,” katanya.
Perkongsian Tyra telah mendapat pelbagai komen netizen yang mendoakannya untuk terus berjaya dalam perniagaan kosmetik tersebut dan berharap dia akan kembali dengan rangkaian produk yang lebih menarik.
Apa-apapun korang yang nak grab blusher dan lipstik BeauTyra tu cepat-cepatlah beli, nanti kalau dah habis tak ada restock lagi ye.
Baca: “Jual oksigen” – Netizen Kritik Produk Kosmetik Tempatan, Jual Liptint 5ml Dalam Packaging 10ml?