Memandangkan nama dia semakin dikenali dengan telatah dan sikap spontan dia, pemuda autistik yang lebih dikenali dengan nama Asif ni makin dikenali di media sosial menerusi Instagram Syahmisazli.
Disebabkan itu dia ditemu ramah untuk melihat sikap spontan dia, tapi ia buatkan Instafamous Norreen rasa kurang senang dengan cara Asif ni ditemuramah ni.
Im sorry, i have to disagree with it. Bukan saya sahaja rasa macam ni tapi saya kena bersuara jugak & representing those families yang ada anak istimewa, Autistic seperti Asif.” – Norreen
Menurut Norreen, dalam video Asif ditemu ramah dengan peminat fanatiknya itu membuatkan Asif ini rasa macam tak selesa ia agak membimbangkan kerana orang-orang istimewa ni ‘terganggu’.
https://www.instagram.com/tv/B00w_WXleY1/?utm_source=ig_web_copy_link
Ia berdasarkan pengalaman Norreen yang pernah mengikuti ibunya ke tempat kerja sebagai pengajar di persatuan kanak-kanak istimewa.
“Ini bukan cara nak berinteraksi dengan anak-anak autistik, Korang dah menganggu emosi dia, diaorang mungkin takut dengan apa yang korang dah buat. Tak rasa pun isi kandungan video ni kelakar.”
Tambahnya lagi, mereka sepatutnya hormat dan jaga batas untuk dijadikan bahan lawak kerana Asif ini merupakan golongan ‘istimewa’.
Ini kerana orang-orang autistik ini sensitif dengan orang baru lebih-lebih lagi kalau tak pernah jumpa.
Katanya ada kemungkinan golongan seperti Asif ni mungkin boleh bertindak agresif jika mereka gemuruh, takut dan terkejut.
Jadi, itu sebab lah Norreen rasa cara mereka ‘sergah’ Asif ini memang tak elok sebab Asif kelihatan macam tak selesa dalam video tu.
What you saw in Youtube, kita semua tahu yang beliau sangat kelakar dan spontan orang nya but thats because he with someone that he is comfortable with. dia selesa dengan Syahmi & the team sebab dah macam family. Orang yang dia kenal, selesa takpe lagi.”
Norreen juga menasihati segelintir pihak jika ada yang nak buat temuramah dengannya perlulah dibuat dengan cara yang betul.