Umum ketahui bahawa banyak kawasan di Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berjadual berikutan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal seperti yang diumumkan pihak Air Selangor.
Menurut notis pemberitahuan tersebut, difahamkan ia bakal menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di 998 kawasan di Wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor bermula jam 9:00 pagi, 13 Oktober 2021 dan dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 9:00 malam, 16 Oktober 2021.
Kalau perhatikan media sosial, sejak semalam, ramai warga Selangor yang tinggal di kawasan yang bakal terjejas dengan gangguan bekalan air ini kelihatan dah mula untuk menyimpan air bagi mengharungi tempoh ketiadaan air yang dijangka selama 3 hari tersebut.
Seperti satu perkongsian di TikTok yang menarik perhatian ramai ini, seorang wanita dengan nama akaun amanda0774 ini telah berkongsi idea untuk penduduk yang bakal terjejas dengan cara yang lain daripada yang lain.
Seperti kebiasaan, sekiranya tiada bekalan air ni, pastinya orang ramai akan membuat persediaan awal dengan menadah air secukupnya menggunakan segala bekas, baldi ataupun tong air. Masa inilah, tong-tong air akan ‘laku keras’.
Namun, Amanda telah kongsikan satu idea yang boleh digunakan ramai lagi-lagi kalau tempoh gangguan yang diberitahu agak lama.
“Gunakan kolam mandi anak check”
Menurut perkongsian tersebut, Amanda telah menadah air menggunakan kolam mandian kanak-kanak untuk menghadapi tempoh ketiadaan air kali ini. Selain itu, kalau perhatikan video tersebut, dia juga kelihatan menutup kolam tersebut dengan plastik lutsinar, dipercayai bagi mengelakkan ianya tercemar.
@amanda0774Yang ada kolam anak boleh la guna cara saya ni ? ##fyp ##fyppp♬ bunyi asal – HitamManis_86
“Buat sahabat Selangor agar menyimpan air, rasanya air tak ada dalam 3 ke 4 hari” tulisnya ringkas dalam ruangan komen.
Menariknya, perkongsian tersebut telah dibalas dengan sebuah lagi video oleh seorang lagi pengguna dengan nama akaun alan_tmg dengan cara yang sama tetapi meggunakan kolam yang lebih besar!
“Dari pagi aku isi air, tak penuh-penuh”
@alan_tmg##stitch with @amanda0774 ??…♬ original sound – αLαɳ Tamiang
Memasuki ruangan komen, ternyata ramai terhibur dengan video balasan daripada lelaki berkenaan selain ramai yang memberikan ‘plot twist’ yang mungkin berlaku seperti kolam tersebut bocor, budak-budak datang mandi dan lain-lain.
Menerusi komen balasan pemilik video, difahamkan memang tujuan dia menadah air menggunakan kolam bersar tersebut untuk kegunaan jiran dan secara berseloroh menjawab pertanyaan netizen bahawa jika ianya untuk kegunaan sendiri, pastinya boleh digunakan untuk sebulan.
Bagus persiapan yang dilakukan, siapa takde air tu, boleh roger abang ni… hikhik.
Baca : “Lain macam betul tips dia!”-Ramai Setuju Idea Tak Nak Bagi Orang Bising Masa Camping