in

“Ini baru warning!” – Penghuni Lama Yang Pinjam Ahlong, Tapi Kereta Penghuni Baru Pula Kena Bakar

Ft Bakarkereta

Orang lain yang pinjam tapi orang lain dapat musibah. Itulah yang berlaku kepada sebuah keluarga di Taman Bukit Indah, Johor Bahru apabila kereta yang diletakkan di garaj tiba-tiba terbakar.

Menurut Harian Metro, perbuatan itu dipercayai dilakukan oleh konco ahlong pada jam 5 pagi, 18 April baru-baru ini di mana keluarga tersebut turut menerima nota berunsur ugutan di dalam kawasan rumah.

Bakar

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, keluarga tersebut baru tinggal di rumah berkenaan sejak setahun lepas dan mendakwa mereka bebas daripada hutang ceti haram.

Dipercayai penghuni lama pernah berhutang dengan along tetapi penghuni baru menjadi sasaran. Satu nota ditemukan di tempat kejadian yang berbau ugutan.”

Bakar3

Tiada kemalangan jiwa disebabkan kejadian tersebut dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 453 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, tujuh anggota polis dari i Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri berjaya memadamkan kebakaran pada jam 5.41 pagi.

Bakar2

Bakar4

Ini bukanlah kali pertama kes seumpama ini berlaku. Sebelum ini, sebuah keluarga menjadi mangsa aniaya pemilik rumah yang meminjam dengan Ahlong sejak 2018. Disebabkan itu, mereka terpaksa berdepan detik cemas sepanjang masa kerana sering didatangi beberapa lelaki selain rumah dan kereta disimbah cat merah.

Baca: Pagar Rumah Pernah Dirantai Dari Luar, Wanita Ini Dedah ‘Nightmare’ Beli Rumah Daripada Peminjam Ah Long

Ah Long

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook