in

“Ini baru keluarga Malaysia” – Perkahwinan Campur, Anak Boleh Bertutur 4 Bahasa

keluarga perkahwinan campur 4 bahasa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai sebuah negara unik yang mana rakyatnya terdiri daripada pelbagai agama, kaum dan budaya, perkahwinan campur bukan sesuatu yang pelik.

Antara kelebihan bila berada dalam keluarga berbilang kaum ini, mereka boleh bertutur banyak bahasa seperti sebuah keluarga ini yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India.


Anak-anak mahir 4 bahasa

Menerusi video dikongsikan oleh seorang doktor @hajarangelique di TikTok, kelihatan ketiga-tiga anak kecilnya boleh bertutur bahasa Tamil, Hakka, Melayu dan Inggeris.

Menurut Hajar, suaminya adalah seorang ‘Chindian’ hasil daripada perkahwinan campur di mana bapanya berbangsa Cina dan ibu pula berbangsa India.

Artikel berkaitan: “Kelas mak dia!” – [VIDEO] Fasih Berbahasa Kantonis & Tamil, Cara Mak Cik Ni Berborak Buat Ramai Terpegun

Mereka kemudian berkahwin dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.

Screenshot 2025 02 13 153835

Dalam video yang dikongsikan, kedengaran anak perempuan Hajar meminta makanan kepada neneknya dalam bahasa Melayu ketika berkumpul makan bersama. Tidak lama kemudian, anaknya bercakap pula dalam bahasa Tamil dan Inggeris.

Bahkan, mereka juga turut memahami apabila datuknya bertutur menggunakan bahasa Hakka.

“Bila berkahwin bercampur, semua bahasa campur sekali. Penting ya kekalkan bahasa ibunda,” tulis Hajar.

@hajarangelique

Bukan senang nak ajar byk bahasa ya, tapi kita cuba. Kalau husband fasih ckp 6 bahasa, hopefully my kids will inherit that too 🤗 #fyp #foryou #foryoupage #fypageシ #keluargamalaysia

♬ original sound – hajarangelique – hajarangelique

Bagaimanapun, menurut Hajar, ia bukan perkara yang mudah untuk mengajar anak banyak bahasa namun mereka tetap mencuba.

Perkongsian video terbabit telah membuatkan netizen berasa kagum melihat keharmonian keluarga ini.

Rata-ratanya mengatakan anak-anaknya begitu beruntung kerana dapat mempelajari banyak bahasa yang ada di negara ini.

Screenshot 2025 02 13 153736 Screenshot 2025 02 13 153750

Harmoninya tengok keluarga macam ni!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.