Sebuah perkahwinan itu merupakan satu momen bahagia yang perlu dikenang oleh pasangan suami isteri. Resepsi pula menjadi pelengkap momen bahagia itu yang mana ia akan terpahat dalam ingatan pasangan pengantin untuk selamanya.
Semestinya setiap bangsa ingin mengadakan resepsi perkahwinan mereka mengikut adat masing-masing. Namun untuk pasangan suami isteri berbangsa India ini, mereka memilih untuk menggunakan adat Melayu bagi majlis resepsi mereka.
Artikel berkaitan: Lebih 100K Pengunjung Hadir Raikan Hari Kebangsaan 2025 Di Dataran Putrajaya
Artikel berkaitan: Idea Luar Biasa Ibu Bapa Siapkan Busana ‘Fashion Show’ Merdeka Anak Undang Perhatian Netizen
Pengguna TikTok yang dikenali sebagai @thamayanthi._ ini mengatakan bahawa resepsi perkahwinan menggunakan adat melayu merupakan impian ibunya sejak dari dulu lagi.
Di dalam video tersebut, dapat dilihat hampir semua atur cara majlis mereka menggunakan adat Melayu. Bermula dengan paluan kompang dan diteruskan dengan perarakan masuk pasangan pengantin ke dalam dewan dengan diiringi pengapit.
@thamayanthi._ Amma’s dream finally came true ❤️ She wanted a malay style wedding reception for my sister. So here it is 🤍 #weddingreception #malay #malayweddingstyle #respect👑 #satumalaysia @STEVENRAJ🔥 @Habibi Ipoh ♬ original sound – தமயந்தி இளங்கோவன்
Dapat dilihat juga pasangan pengantin ini mengenakan busana songket yang siap dengan tanjak dan bunga tangan. Malah, pelamin mereka juga dilihat sepenuhnya mengikut adat Melayu.
Menurut @thamayanthi._ ibunya sangat mengimpikan majlis resepsi anaknya menggunakan resepsi Melayu. Impian itu akhirnya direalisasikan, sekaligus menjadi simbol penghormatan kepada budaya dan agama masing-masing.
Selain daripada majlis resepsi menggunakan adat Melayu, @thamayanthi._ juga ada berkongsi video resepsi perkahwinan ahli keluarganya juga menggunakan adat India.
Sumber: TikTok