Tidak dinafikan Malaysia kini penuh dengan graduan yang tidak mempunyai kerja tetap. Masih ramai lepasan universiti yang menganggur meskipun sudah berbulan atau bertahun tamat pengajian.
Perkongsian seorang individu bernama Faizul Ridzuan berjaya menarik perhatian ramai graduan yang masih menganggur. Meskipun ianya disiarkan pada tahun 2015, namun menurut kami, generasi muda yang mahu melangkah ke alam pekerjaan perlu mengambil iktibar dari penulisan ini.
Faizul berkongsi kisah kehidupannya ketika di usia 23 tahun selepas melihat ramai graduan menceritakan kisah sedih dan memberi gambaran bagaimana graduan sekarang adalah umpama pengemis.
Menurutnya yang tamat pengajian di Universiti Malaya dalam jurusan software engineering, Faizul mula bekerja di Starbucks pada tahun 1999 selama 5 tahun untuk menampung perbelanjaan sehariannya. Gaji sebanyak RM800 hingga RM1000 sebulan memadai untuk membayar motor, makan minum dan belanja untuk keluar bersama rakan.
Malah, ketika mendapat kerja pertamanya sebagai programmer, gaji yang ditawarkan hanya RM600 sebulan bersama penginapan yang disediakan.
Selepas satu tahun bekerja di dalam industri IT, Faizul membuat keputusan untuk belajar ilmu berniaga. Namun, disebabkan tidak mempunyai modal, dia terpaksa bekerja dan mengumpul modal.
Lebih menyedihkan lagi, bapanya tidak bersetuju dan kecewa dengan keputusannya untuk bekerja sebagai jurujual kad kredit sehinggakan tidak berbicara dengannya selama sebulan. Bapanya berpendapat bahawa pekerjaan itu adalah untuk seseorang yang tiada pendidikan dan umpama Faizul membuang ijazah yang diusahakannya selama lebih 4 tahun.
Tiada seorang pun ahli keluarga atau rakan yang memberikan Faizul sokongan penuh kerana risau dan beranggapan dia sudah hilang akal. Satu-satunya individu yang memberikannya sokongan penuh adalah teman wanita yang kini merupakan isterinya.
Menurutnya, sebagai management trainee, sudah menjadi kebiasaan pekerja ‘dibuli’ dan menjadi kuli untuk membuat kerja yang tidak berapa penting. Begitu juga dengan masalah lain seperti penerimaan rakan sekerja. Seorang rakan sekerja malah pernah berkata padanya,
Ini bank Cina, orang Melayu tak patut kerja di sini”.
Faizul akhirnya melangsungkan perkahwinan yang menelan kos sebanyak RM30,000 tanpa berhutang dan berjaya membeli 4 hartanah sebelum bernikah.
“Kalau nak berjaya EQ kena tinggi. Banyak orang berjaya lain saya tengok bukan sebab mereka pandai, tetapi mereka punya attitude yang sangat positif dan susah nak putus asa.
“Kena usaha cari ilmu. Bila ada ilmu, duit insyaAllah akan confirm datang. Fikir jangka masa panjang.
“Jangan takut nak buat benda baru. Paling penting, kita sendiri kena usaha keras. Belajar melabur dan ilmu duit.”
Begitulah pesanan Faizul buat para graduan yang masih belum berjaya mendapatkan pekerjaan. Jangan terlalu memilih, ijazah atau apa-apa kelulusan hanyalah permulaan.
Jangan mudah putus asa! Setiap usaha dan kerja keras akhirnya pasti akan membuahkan hasil.
Baca: Aplikasi GRADUAN x Waze Memudahkan Penganggur Mencari Kerja. Muat Naik Sekarang!