in

“Ini adalah kali terakhir…” – Wartawan Motaz Azaiza Ambil Keputusan Berat Tinggalkan Bumi Gaza

Cats 60

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sehingga hari ni lebih seratus hari penduduk di Palestin menderita akibat serangan dan penindasan dari tentera Zionis yang tak berhati perut itu.

Yang membimbangkan, angka kematian yang disebabkan kekejaman Israel tu telah mencecah 25 ribu orang manakala jumlah yang tercedera pula melebihi 60 ribu.


Yang buat masyarakat dunia geram, ramai daripada jumlah mangsa yang maut bukanlah dari golongan tentera tetapi masyarakat awam yang terdiri daripada kanak-kanak, orang tua dan wanita yang tak berupaya.

Tak dilupakan juga, para wartawan yang tak henti-henti sebar kebenaran tentang Palestin turut terkorban.

Baru-baru ni, wartawan Palestin tersohor, Motaz Azaiza telah mengumumkan bahawa dirinya akan keluar tinggalkan bumi Gaza selepas tiga bulan diserang oleh Israel.

Dia membuat pengumuman tersebut melalui akaun X-nya yang mempunyai jumlah tontonan berjuta-juta.

Katanya, banyak faktor yang membuatkan dia terpaksa mengambil keputusan berat tersebut untuk meninggalkan tempat lahirnya itu.

Walau bagaimanapun, dia tetap berhasrat untuk kembali berbakti bagi membantu membangunkan semula Gaza.

“Ini adalah kali terakhir anda melihat saya mengenakan ves yang berat ini dan insya-Allah saya akan kembali.”

“Saya akan kembali semula dan membantu membangunkan semula Gaza.”

Dilaporkan, dia yang dinobatkan sebagai Man of the Year oleh majalah GQ Asia Barat telah pun menaiki pesawat Tentara Udara Qatar menuju ke Doha.

Moty Motaz2

Artikel berkaitan: “Unsung heroes!” – Kenali 4 Wartawan Berani Yang Tak Henti Sebar Kebenaran Di Palestin

Artikel berkaitan: “Laporan akhir dari Gaza” – Nadir Al Nuri, Wartawan Rakyat Malaysia Yang Mengabdikan Diri Untuk Gaza, Palestin

Meskipun begitu, usaha dan keberaniannya dalam merakam kekejaman Israel tanpa selindung perlulah dihargai dan dicontohi oleh segenap masyarakat dunia.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berterima kasih serta memuji Motaz atas segala jasanya buat penduduk dunia dalam menyebarkan berita tentang Palestin.

Cats 58

Teruskan berdoa untuk Palestin guys!

Sumber: Astro Awani, Instagram, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.