in

Ini 7 Momen Perkahwinan Diraja Paling ‘Fail’ Yang Pernah Berlaku Dalam Sejarah

Cats 57

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, seluruh Malaysia dapat saksikan perkahwinan diraja Brunei iaitu di antara Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah bersama isterinya, Dayang Anishah Rosnah. Sudah tentu, perkahwinan itu dilihat sangat gah dan berjalan lancar sehingga rakyat Malaysia turut tumpang bahagia atas penyatuan dua mempelai itu.

Namun begitu, walaupun perkahwinan diraja ni biasanya berlangsung dengan gilang gemilang, tapi rupanya ada juga momen yang fail tau. Jom baca kat bawah ni!


1. Tiara patah dua jam sebelum perkahwinan

Z7 1

Seperti yang korang tahu, mahkota ataupun tiara merupakan lambang kebesaran diraja yang digunakan dalam pelbagai istiadat diraja termasuklah perkahwinan. Jadi, kalau tak ada alat ni, memang tak lengkaplah sesuatu majlis diraja tu.

Macam perkahwinan diraja ni, tiara berlian kepunyaan nenda Ratu Elizabeth telah pun patah semasa dalam jagaan pendandan rambut. Apa yang fail-nya, kejadian tu berlaku dua jam sebelum perkahwinannya dengan Putera Philip berlangsung pada 20 November 1947.

Biarpun begitu, tiara tersebut sempat dibaiki oleh tukang emas sebelum upacara perkahwinan tu bermula. Selamat…

2. Terkena penyakit pada malam perkahwinan

Unnamed

Di hari perkahwinan, benda yang paling kita tak suka ialah dijangkiti penyakit. Tapi, itulah yang berlaku kepada Raja Alfred yang terkenal kerana menghalau golongan Vikings serta membentuk sistem feudal di England pada era 800-an dulu.

Dikatakan, dia secara tiba-tiba diserang satu penyakit misteri pada hari perkahwinannya bersama Ealhswith ketika jamuan besar-besaran diadakan. Walaupun begitu, cendekiawan moden percaya penyakit yang dia dapat ialah Crohn ataupun radang usus.

Malah, ada sumber mengatakan yang dia langsung tak pernah sembuh pun daripada penyakit tersebut.

Artikel berkaitan: Teruja Tengok Istiadat Berbedak Putera Mateen & Dayang Anisha, Ini 5 Tradisi Menarik Perkahwinan Diraja Di Seluruh Dunia

3. Termuntah atas mak mentua

Z8

Malu semalu-malunya! Itulah ungkapan yang sesuai buat bakal isteri Putera Frederick, Augusta dari Saxe-Gotha yang melangsungkan perkahwinannya itu pada tahun 1763 di England.

Dipercayai, ketika itu dia baru saja berumur 17 tahun dan hanya berjumpa bakal suaminya beberapa kali je. Mungkin disebabkan itu, dia sangat gementar sehingga termuntah atas gaun kahwinnya sewaktu berjalan di atas aisle di Royal Chapel.

Apa yang memburukkan lagi keadaan, muntahnya juga terkena pada pakaian mak mertuanya sehingga membuatkan seluruh orang istana terdiam dalam majlis perkahwinan itu.

4. Tersalah sebut nama

Z9

Bagi bakal suami, masa akad nikah adalah benda paling nervous korang akan hadapi. Sebabnya, kalau silap sebut je nama isteri korang, confirm malu wei!

Itulah juga yang berlaku pada hari perkahwinan pasangan diraja terkenal iaitu, Putera Charles dan Puteri Diana dari Wales.

Pada awalnya, Puteri Diana berasa cemas serta ragu-ragu untuk mengahwini bakal suaminya itu. Fahamlah, sebab dia pun berkahwin pada usia muda iaitu 19 tahun.

Apa yang lucunya, masa upacara perkahwinan dorang, dia panggil suaminya dengan nama Philip Charles Arthur George yang sebenarnya merupakan nama bapa mentuanya. Adoi!

Artikel berkaitan: Ini Kronologi Percintaan Diraja Di Antara King Charles & Queen Camilla

5. Pengantin lelaki dan perempuan bermasalah

Z10 1

Kalau perkahwinan diraja paling gagal kali ni, ia bukan melibatkan satu tetapi kedua-dua mempelai yang mempunyai masalah tersendiri ketika hari perkahwinan dorang pada tahun 1795.

Untuk pengetahuan korang, pengantin lelaki iaitu Putera George IV merupakan orang yang dibebani dengan hutang. Disebabkan tu, dia bersetuju untuk berkahwin dengan isteri yang juga sepupunya, Caroline dari Brunswick.

Apa yang teruknya, dia tiba di majlis perkahwinannya dalam keadaan yang mabuk malah, masa ikrar pasangan pun dia langsung tak pandang muka isterinya sebaliknya hanya menatap wajah perempuan simpanannya yang turut hadir iaitu Lady Jersey.

Tak cukup dengan tu, dia juga terus pengsan atas lantai sebaik saja pasangan tu masuk ke dalam suite perkahwinan dorang.

Manakala itu, bagi isterinya pula, dia mengalami masalah untuk bergerak dalam baju suteranya yang dihiasi dengan perhiasan yang berat-berat sampai nak berdiri pun tak boleh.

6. Keluarga tak datang hari perkahwinan

Wallissimpson2 56A48Dee5F9B58B7D0D7831F

Benda paling memalukan yang boleh terjadi masa wedding day ialah keluarga pengantin langsung tak tunjuk muka pada hari tersebut.

Itulah yang berlaku kepada Raja Edward VIII yang sanggup melakukan apa saja demi mengahwini pasangan tercintanya iaitu seorang pelakon Amerika yang sudah bercerai, Wallis Simpson.

Pada zaman 1930-an, orang yang bercerai ni dianggap tak baik malah dilayan dengan teruk oleh masyarakat. Biarpun begitu, ia tak menghalang Edward yang merupakan kerabat diraja daripada mengahwininya sehingga sanggup melepaskan gelarannya dan turun takhta selepas hanya setahun pertabalannya sebagai raja.

Disebabkan itu jugalah, perkahwinannya pada 3 Jun 1937 di Perancis tidak dihadiri oleh sorang pun ahli keluarga dirajanya.

Betullah orang kata, cinta mengatasi segalanya…

7. Mati masa hari perkahwinan kawan 

Z11

Mungkin ini merupakan perkahwinan diraja paling fail dalam sejarah. Sebabnya, hari perkahwinan yang sepatutnya menjadi hari bahagia telah bertukar tragedi disebabkan ada kematian.

Kejadian ni berlaku ketika perkahwinan Tovi the Proud di mana kawannya iaitu Raja England, Harthacnut yang memerintah dari tahun 1040 hingga 1042 telah pun meninggal dunia disebabkan terkena serangan strok akibat daripada kegiatan minum berlebihan.

Habis rosak majlis kawan tu! 

Sumber: TheSun, YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.