in

Ini 7 Filem Berkaitan ‘Kisah Dari Palestin’ Yang Korang Boleh Layan Hujung Minggu Ini

cats 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau ada masa lapang, korang mesti isi dengan hobi dan aktiviti yang menarik seperti bersukan dan melepak dengan kawan. Tapi, korang mesti suka tengok movie juga kan? Dekat Internet, memang banyak filem best-best yang boleh ditonton masa korang tengah bosan.

Jadi, mengenai isu sekarang ni, min nak ajak korang untuk tengok filem-filem yang menceritakan kisah dari Palestin. Menariknya, filem-filem ni memang menyentuh hati sampai ada yang menang award tau! Oleh itu, jom min beritahu tujuh movie berkaitan Palestin.


1. Maradona’s Legs

mara

Filem ni bukanlah filem panjang tetapi merupakan filem pendek yang hanya berdurasi sekitar 23 minit saja. Ia diterbitkan pada tahun 2019 dan diarahkan oleh pengarah filem dan penulis skrin dari Palestin yang bernama Firas Khoury.

Uniknya, Maradona’s Legs menceritakan tentang dua budak Palestin yang ingin mencari sticker kaki pemain bola sepak, Maradona yang hilang demi nak cukupkan koleksi piala dunia dorang. Pada masa yang sama, dorang nak menang konsol Atari percuma.

Cerita yang terjadi ketika Piala Dunia 1990 ni dah menang banyak sangat anugerah seperti Best Screenplay Award dan Best International Short.

Artikel berkaitan: “Sejarah Palestin dan Malaysia tak jauh beza” – Filem Mat Kilau Ditayangkan Di Gaza

2. Omar 

p1

Pada siapa yang minat thriller, korang kena tonton filem ni. Ia juga telah diarahkan oleh orang Palestin iaitu Hany Abu-Assad yang filem-filemnya pernah tercalon dalam Academy Award tau!

Yang romantiknya, cerita ni mengisahkan tentang seorang pembuat roti yang selalu memanjat dinding West Bank untuk berjumpa dengan kekasih hatinya, Nadia yang dilakonkan oleh Leem Lubany. Akan tetapi, Omar yang dimainkan oleh Adam Bakri mengalami kesukaran untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa Israel yang mengawal kawasan itu.

Disebabkan jalan ceritanya yang penuh dengan plot twist yang memukau membuatkan movie ini memenangi pelbagai anugerah seperti di Festival Filem Cannes dan pernah dicalonkan dalam anugerah Oscar.

3. In Vitro

in

Kalau korang nak tahu, orang Palestin pun hebat buat filem sci-fi tau! In Vitro merupakan hasil seorang artis visual Palestin bernama Larissa Sansour dengan kerjasama penulis skrip iaitu Soren Lind.

Filem pendek hitam putih ini menceritakan dua saintis, Dunia dan Alia yang terselamat daripada bencana ekologi yang berlaku di bandar Bethlehem. Menariknya, Alia merupakan sebahagian daripada program pengklonan yang dijalankan oleh Dunia.

Tambahan lagi, filem ni disiarkan dengan ‘skrin belah dua’ yang menampilkan visual kedua-dua saintis itu secara serentak. Ia juga mendedahkan tentang pengalaman rakyat Palestin selepas peristiwa Nakba 1948.

4. The Present 

preset

Filem arahan Farah Nabulsi ini mengisahkan tentang seorang ayah dan anak perempuannya yang ingin mencari hadiah ulang tahun perkahwinan di kawasan terpencil orang Palestin yang dikelilingi dengan pendudukan Israel di West Bank.

Dalam perjalanan mencari hadiah tu, mereka terpaksa melalui dua tempat pemeriksaan yang dikuasai oleh tentera yang sangat kejam sebelum dapat pulang ke rumah. Menurut Farah, selain watak utama, ia memaparkan situasi sebenar yang dihadapi ratusan orang Palestin di bawah penguasaan tentera Zionis ni. Kalau nak tonton filem ni, korang boleh cari je dekat Netflix.

5. Ghost Hunting 

ghost

Filem dokumentari Palestin ini pula diarahkan oleh Raed Andoni dan dibintangi oleh Ramzi Maqdisi yang juga pernah berlakon dalam Omar. Ia disiarkan pada 2017 dan merupakan penceritaan semula pengalaman menyayat hati yang dihadapi oleh banduan Palestin yang dilepaskan oleh tentera Israel. Jadi, korang boleh expect cerita ni berdasarkan kisah benar.

Ia dirakam di sebuah gudang kosong di Ramallah dengan tujuan untuk menyembuhkan trauma yang dialami banduan-banduan itu. Ghost Hunting juga boleh ditonton di Netflix.

Artikel berkaitan: Ini 5 Filem & Siri Pilihan Menarik Di Tonton Sepanjang Bulan Ramadan

6. Farha

far

Filem sejarah serta drama ini merupakan filem Palestin yang wajib korang tonton. Ia bergenre ‘coming-of-age‘ yang mengetengahkan pengalaman seorang perempuan warganegara Palestin yang diusir daripada rumahnya bersama rakyat yang lain ketika peristiwa Nakba berlaku.

Ia diarahkan oleh pengarah Jordan yang mengatakan Farha adalah berdasarkan kisah benar yang dia dengar masa kecil tentang seorang perempuan bernama Radieh. Filem ini sangat membongkar kebenaran tentang perbuatan kejam Israel terhadap rakyat Palestin.

Disebabkan itu, Israel cuba untuk ban filem ni dari ditayangkan namun, usaha mereka tu hanya sia-sia sahaja.

7. Giraffada

p2

Giraffada yang juga bermaksud zirafah mengisahkan tentang seorang doktor haiwan bersama anak lelakinya yang membela dua ekor pasangan zirafah. Anaknya, Ziad kelihatan memiliki hubungan istimewa dengan kedua-dua haiwan tu dan mampu untuk berkomunikasi dengan mereka.

Akan tetapi, disebabkan serangan udara dari Israel, zirafah jantan telah mati manakala zirafah betina tidak mampu hidup tanpanya. Demi menyelamatkannya, doktor tersebut terpaksa menyeludup seekor zirafah yang hanya terdapat di sebuah zoo di Tel Aviv, Israel.

Bagi yang minat filem pengembaraan berserta drama, korang memang patut layan filem ni yang mempunyai jalan cerita yang lain daripada lain.

Sumber: Forward, TRTWORLD

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.