in

Ini 6 Pasangan Paling Berbahaya Dalam Sejarah Selain Bonnie & Clyde

Collage 27

Bila bercakap tentang pasangan yang buat jenayah sama-sama, nama yang terlintas di kepala korang mesti Bonnie & Clyde kan? Tak dinafikan, pasangan ni memang pasangan jenayah yang paling popular dan sangat diromantikkan oleh orang ramai.

Tapi artikel kali ni, min tak nak cerita pasal dorang. Kalau korang nak tahu, ramai sebenarnya pasangan yang buat jenayah sama-sama tau. Dari rompakan, penculikan sehinggalah pembunuhan, jom kita tengok pasangan jenayah mana lagi yang berbahaya selain Bonnie dan Clyde.

1. Ian Brady & Myra Hindley

0 Swns Hindley Archive 019.Jpg

Pada tahun 1961, Myra yang juga dikenali sebagai wanita paling jahat di Britain telah menemui Ian Brady dan tak lama selepas itu, pasangan ini dapat tahu yang dorang kongsikan minat yang sama iaitu keinginan untuk merogol, menyeksa dan membunuh kanak-kanak.

Sepanjang tahun 1960, Myra dan Ian yang turut dikenali sebagai “Pembunuh Moors” telah menculik lima kanak-kanak berusia diantara 10 dan 17 tahun serta membuang mayat mereka di Saddleworth Moor, England. Tak cukup dengan itu, dorang turut mengambil gambar di atas “kubur” kanak-kanak malang tersebut.

Mangsa-mangsa mereka merupakan, Pauline Reade (16), John Kilbride (12), Keith Bennett (12), Lesley Ann Downey (10), dan Edward Evans (17). Mayat John, Lesley Ann dan Edward telah ditemui ketika pembunuhan terakhir mereka pada Oktober 1965 namun mayat Keith Bennett masih tak dapat ditemui.

Myra dan Ian telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Myra meninggal dunia di penjara pada tahun 2002 dan Ian pula meninggal dunia pada 2017.

2. Jasmine Richardson & Jeremy Steinke

Jeremy And Jasmine2.Jpg

Jasmine Richardson baru berusia 12 tahun ketika dia pertama kali berjumpa dengan Jeremy Steinke yang berusia 23 tahun di sebuah konsert punk rock pada tahun 2006. Jeremy menggelar dirinya sebagai vampire yang dah berusia 300 tahun.

Hubungan romantis di antara Jasmine dan Jeremy kemudiannya telah diketahui oleh ibu bapa remaja itu. Ekoran ini, ibu bapa Jasmine telah menghukum anak mereka dengan tidak membenarkan Jasmine untuk keluar dari rumah.

Kemudian, pada 22 April 2006, Jeremy telah membunuh ibu bapa Jasmine dengan menikam Debra Richardson sebanyak 12 kali dan bapanya Marc Richardson sebanyak 24 kali. Sementara itu, Jasmine telah membunuh adik lelakinya yang baru berusia 8 tahun kerana tak mahu adiknya itu membesar sebagai anak yatim.

Ekoran ini, Jeremy telah diberikan hukuman penjara seumur hidup manakala Jasmine yang merupakan seorang budak bawah umur telah dihukum penjara 10 tahun dan dibebaskan pada tahun 2016.

3. Alton Coleman & Debra Brown

Dsctsjeu8Aaqdf6

Ketika Alton Coleman bertemu dengan Debra Brown pada 1983, dia sudah pun pernah disabitkan dengan jenayah seksual. Pada tahun 1984, sehari sebelum perbicaraannya kerana merogol remaja berusia 14 tahun. Alton dan Debra telah melarikan diri.

Sepanjang 53 hari sebagai pelarian, pasangan ini telah membunuh seramai 8 orang, merogol sebanyak 7 kali, menculik 3 orang awam dan menjalankan rompakan bersenjata sebanyak 14 kali di sekitar Amerika Syarikat.

Alton telah dihukum mati dengan suntikan maut pada tahun 2002. Debra yang sepatutnya menerima hukuman yang sama telah dipenjarakan seumur hidup kerana pihak berkuasa mengatakan keputusan ini dibuat kerana IQ Debra yang rendah dan hubungannya dengan Alton seperti tuan dengan hamba.

4. Raymond Fernandez & Martha Beck

Fernandez And Beck

Raymond Martinez Fernandez dan Martha Jule Beck telah dikenali sebagai “Lonely Hearts Killers”. Pasangan ini telah didakwa atas satu pertuduhan membunuh walaupun Raymond mengaku dia telah melakukan sebanyak 17 pembunuhan.

Pada tahun 1947, Raymond bertemu Martha selepas melihat satu iklan yang dihantar oleh wanita tersebut di surat khabar. Namun selepas menyedari yang Martha tidak sekaya yang dia bayangkan, lelaki ini telah meninggalkannya. Bagaimanapun, Martha terus mengejar Raymond sehingga 1948.

Raymond kemudiannya memberitahu Martha yang dia merupakan con artist dan dia memperolehi duit dari wanita-wanita sunyi. Martha yang mahu bersama dengan Raymond telah meminta untuk turut serta dalam jenayah yang dibuatnya.

Lelaki ini meneruskan jenayahnya dengan mencari wanita dari iklan di surat khabar dan mula memperkenalkan Martha sebagai kakaknya untuk membuatkan mangsa-mangsanya selesa.

Pasangan ini telah didapati bersalah kerana membunuh dan telah dijatuhkan hukuman mati atas kerusi elektrik pada 1951.

5. Charles Starkweather & Caril Ann Fugate

54489Ddd69250.Image

Caril Ann Fugate bertemu Charles Starkweather ketika dia baru sahaja berusia 13 tahun melalui kakaknya yang bercinta dengan kawan Charles. Pasangan ini jatuh cinta pada tahun 1956.

Pada 1958, Charles telah membunuh ibu, bapa tiri dan adik perempuan Caril yang baru berusia 2 tahun. Ketika Caril pulang ke rumah dan melihat pembunuhan tersebut, wanita ini tidak menelefon pihak polis malah membantu teman lelakinya itu.

Mereka berdua telah mengunci diri mereka dengan mayat-mayat ini selama beberapa hari dan meninggalkan nota di luar rumah mengatakan satu keluarga mereka telah dijangkiti selsema dan perlu menghabiskan masa di dalam rumah.

Perkara ini telah menimbulkan keraguan kepada sanak saudara Caril yang kemudiannya cuba memeriksa rumah tersebut sebelum menemui mayat-mayat tersebut di belakang rumah.

Charles dan Caril telah lari dari Nebraska ke Wyoming dan telah membunuh 10 lagi orang. Pasangan ini telah ditahan dan disabitkan dengan kesalahan membunuh.

6. David John Birnie & Catherine Margaret Birnie

B2F2C1833489D0C497Dea8006B7Ccb37

Dalam masa lima minggu, pasangan suami isteri ini telah menculik, merogol dan membunuh seramai empat wanita berusia dari 15 ke 31 tahun di rumah mereka di Australia.

David dan Catherine telah memaksa mangsa-mangsanya untuk menulis surat dan menelefon keluarganya untuk memberitahu yang mereka telah melarikan diri dari rumah dan mengatakan yang mereka berada dalam keadaan yang selamat.

Namun begitu, mangsa mereka yang ke-5, Kate Moir yang berusia 17 tahun pada ketika itu telah diculik dalam perjalanan pulang ke rumah selepas keluar dengan rakan-rakannya. Kate bagaimanapun berjaya melarikan diri sekaligus membongkarkan jenayah suami isteri tersebut.

Pasnagan ini telah didapati bersalah membunuh empat orang mangsa dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. David bagaimanapun telah menggantung dirinya di dalam penjara selepas 20 tahun dan Catherine masih kekal di dalam penjara.

Sumber: India Times

 

Baca: Kisah 5 Pembunuh Bersiri Wanita & Jenayah Yang Dorang Lakukan, Seriau Weh!

Collage 24