in

Ini 5 Tempat Di Asia Tenggara Yang Tersenarai Dalam UNESCO, Rugi Kalau Tak Pergi!

Collage 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) akan memilih sesuatu mercu tanda atau kawasan untuk dilindungi oleh undang-undang konvensyen yang akan dipanggil sebagai Tapak Warisan Dunia.

Untuk terpilih sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO, ia mestilah mempunyai mercu tanda yang unik dan boleh dikenalpasti dari segi geografi dan sejarah serta mempunya keistimewaan budaya dan fizikal.


Contohnya macam runtuhan purba, struktur, bangunan atau bandar bersejarah, serta kawasan seperti padang pasir, hutan, pulau, monumen atau gunung.

Di Asia Tenggara sendiri, kita memang dipenuhi dengan pelbagai keajaiban semulajadi dan kuil-kuil lama sehingga terdapat 41 tempat yang disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Malaysia pun ada dalam senarai ni tau.

Tapi artikel kali ini akan highlight beberapa tempat di dalam senarai tersebut yang dirasakan sangat menarik untuk korang pergi.

Artikel berkaitan: 9 Lokasi Percutian Muslim Friendly di India. JOM!

 

Artikel berkatian: Ini 4 Lokasi Di Muka Bumi Yang Pernah Dilaknat Allah & Makruh Dikunjungi Umat Islam

1. Luang Prabang, Laos

Image

Terletak di tempat yang menemukan sungai Nam Khan dan Mekong serta dikelilingi oleh gunung-ganang yang subur ini turut disenaraikan sebagai salah satu tempat paling terbaik di dunia 2023 untuk dilawati oleh Majalah Time.

Bandar ini menempatkan banyak kuil-kuil emas yang cantik, seni bina bangunan di sana mempunyai pengaruh Perancis serta air terjun yang jernih dan berwarna turquise. Tempat ni memang sesuai sangat kalau nak kenali budaya di Laos dan tak hairanlah Luang Prabang ini disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

2. Taman Negara Mulu, Malaysia

Istockphoto 174906873 612X612 1

Taman Negara Mulu ini merupakan salah satu dari empat tempat di Malaysia yang disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Ia merupakan taman yang terbesar di Sarawak meliputi kira-kira 529 kilometer persegi.

Memang cantik sangat tempat ni, kalau korang pergi korang oleh tengok pelbagai jenis tumbuhan dan hidupan liar yang ada di taman ini.

Taman Negara Mulu turut mempunyai bentuk geografi yang unik, terdiri daripada gua batu kapur, lingkaran air batu yang jernih serta dilitupi oleh hutan dara tropikal. Ia merupakan tempat yang bukan hanya sesuai untuk orang-orang yang nak healing jauh dari hiruk pikuk kota metropolitan malah sesuai untuk korang yang gemarkan aktiviti lasak.

3. Taman Nasional Komodo, Indonesia

Taman Nasional Komodo

Taman Nasional Komodo ini terletak di antara wilayah Nusa Tenggara Timur dan Nusa Tenggara barat dan didirikan di atas tiga pulau besar iaitu Pulau Komodo, Pulau Rinca dan Pulau Padar serta beberapa pulau kecil.

Taman ini dibina pada tahun 1980 bagi melindungi habitat biawak komodo. Di taman ini, terdapat sebanyak 277 jenis haiwan yang berasal dari Asia dan Australia, dari jumlah tersebut 32 daripadanya merupakan haiwan mamalia, 128 jenis burung dan 37 jenis reptilia.

4. Taman Kinabalu, Malaysia

D65831 B35655D915A742Be9Abc7C3F11Ac4Ec7Mv2.Jpg

Taman Kinabalu merupakan taman negara pertama Malaysia yang terletak di Ranau Sabah. Taman yang berkeluasan sebesar 754 kilometer ini juga turut menempatkan gunung tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu.

Kalau korang pergi sini, bukan je korang dapat tengok keindahan Gunung Kinabalu, korang juga boleh buat pelbagai aktiviti seperti menaiki jambatan gantung, meredah hutan, berkhemah, mendaki gunung dan juga melihat sebanyak 4000 spesis flora dan fauna yang ada di sana. Memang tak hairanlah UNESCO senaraikan taman ni sebagai Tapak Warisan Dunia.

5. Kuil Borobudur, Indonesia

Candi Borobudur Tickets 19C70B41 2451 4F68 B8F7 43765374E341.Jpeg

Kuil Borobudur ini merupakan kuil Buddha terbesar di dunia yang terletak di Jawa Tengah. Selain disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, Borobudur ini juga merupakan salah satu di antara 7 keajaiban dunia.

Borobudur memiliki 9 platform yang mana 3 daripadanya berada di dalam lingkaran dan 6 lagi berada didalam bentuk persegi. Di puncaknya pula dikelilingi oleh 72 patung Buddha serta rekaannya turut menggabungkan konsep Jawa.

Sumber: Wanderlust

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.