Bila kita dengar pasal sesebuah negara berperang, mesti ia berlaku atas sebab-sebab yang sangat serious seperti perbalahan politik, agama atau ekonomi. Jadi, bila berlaku perkara-perkara macam ni, tak hairanlah kalau sesebuah negara itu telah mengeluarkan arahan supaya tentera-tenteranya cuba sedaya upaya untuk mempertahankan negara.
Pun begitu, terdapat beberapa perang yang pernah berlaku dalam sejarah disebabkan perkara yang remeh dan tak masuk akal tau! Jadi pada artikel kali ini, kita akan senaraikan beberapa perang yang berlaku disebabkan benda-benda yang tak masuk akal. Jom!
Artikel berkaitan: “Mata masuk habuk” – Pelajar Sekolah Buat Lakonan Semula Peperangan Untuk Solidariti Palestin
Artikel berkaitan: Hebatnya Kuasa Allah! Mayat Rakyat Palestin Berbau Harum Meski Dah 3 Hari Terperangkap Dalam Runtuhan
1. Perang Babi
Pada sekitar abad ke-18, satu pertengkaran pernah berlaku melibatkan dua negara sehingga berlakunya perang yang dinamakan sebagai Perang Babi. Konflik ini berlaku pada 1859 di Pulau San Juan yang terletak di antara Amerika Syarikat dan Pulau Vancouver.
Ketika itu, Pulau San Juan ini merupakan rumah kepada pendatang dari Amerika dan pekerja British untuk Syarikat Hudson’s Bay di mana kedua-dua mereka telah mendakwa tempat itu adalah milik mereka.
Satu-satunya tembakan yang dilepaskan ketika Perang Babi ini adalah pada 15 Jun 1859 apabila seorang petani Amerika bernama Lyman Cutlar telah menembak mati satu babi hutan berwarna hitam milik seorang lelaki British selepas dia menemui haiwan tersebut telah merosakkan tanaman ubinya.
Pertengkaran disebabkan babi yang mati ini telah menyebabkan persengketaan di antara dua kumpulan ini menjadi semakin buruk sehingga Lyman Cutlar telah diugut untuk ditangkap.
Namun begitu, selepas orang Amerika melaporkan tentang perkara ini kepada tenteranya, U.S Army telah menghantar Kapten George Pickett ke Pulau San Juan bersama segerombolan kecil askar.
Setibanya di sana, Pickett telah mengisytiharkan bahawa keseluruhan pulau tersebut adalah milik Amerika Syarikat sehingga membuatkan orang British menghantar askar yang penuh dengan senjata ke pulau tersebut.
Selama beberapa minggu, kumpulan askar dari kedua-dua negara ini telah mengugut satu sama lain dengan kekuatan dan senjata yang mereka ada sehinggalah mereka akhirnya bersetuju untuk pendudukan bersama di Pulau San Juan pada Oktober 1859 sekaligus menamatkan Perang Babi ini tanpa pertumpahan darah. Last-last babi jugak jadi mangsa…
2. Rusuhan Nika
Ketika tahun 523 Masihi, sekumpulan orang telah membanjiri jalan-jalan di Constantinople dan membakar sebahagian besar bandar tersebut dan hampir menggulingkan kerajaan Maharaja Justinian. Semua ini berlaku gara-gara perlumbaan kereta kuda.
Kalau korang nak tahu, perlumbaan kereta kuda yang diadakan di Constantinople ini telah menjadi sangat popular ketika abad keenam sehingga peminat-peminat sukan ini telah membentuk satu puak. Puak peminat perlumbaan kereta kuda ini mula bertindak seperti samseng jalanan dan mempunyai kumpulan-kumpulan mereka sendiri dan antara kumpulan yang kuat ketika itu dikenali sebagai Blues dan Greens.
Konflik mula terjadi pada Januari 532 apabila Maharaja Justinian enggan membebaskan dua ahli kumpulan Blues dan Greens yang telah dijatuhkan hukuman mati. Ekoran dari ini, dua kumpulan yang sering bermusuhan ini telah bergabung dan mula membuat rusuhan.
Dalam masa beberapa hari sahaja, mereka telah membakar bangunan-bangunan penting di bandar tersebut, bergaduh dengan pengawal empayar dan cuba untuk menobatkan maharaja baru.
Disebabkan tindakan ganas dua kumpulan ini, Justinian telah membuat keputusan untuk menundukkan kumpulan ini secara paksa. Selepas merasuah Blues untuk mendapatkan sokongan mereka, maharaja ini telah melancarkan serangan ke atas Greens.
Serangan ini berakhir dengan kematian 30,000 orang yang membuat rusuhan dan mayat-mayat mereka bergelimpangan di sekitar Constantinople.
3. Perang Anjing Terlepas
Dalam salah satu konflik yang paling pelik pernah berlaku pada abad ke-20, seekor anjing telah mencetuskan krisis antarabangsa tanpa sengaja. Inisiden ini merupakan puncak kepada persengketaan berpanjangan di antara Greece dan Bulgaria yang dah lama tak sebulu sejak Perang Balkan Kedua pada 1910-an.
Ketegangan di antara dua negara ini menjadi semakin teruk pada Oktober 1925 apabila seorang askar Greece telah ditembak selepas didakwa cuba untuk melintas sempadan dan masuk ke dalam Bulgaria semasa mengejar anjingnya.
Tembakan tersebut telah menyebabkan orang-orang Greek menjadi marah dan mula menceroboh Bulgaria dan menduduki beberapa kampung di negara tersebut.
Tak cukup dengan itu, orang-orang Greek juga telah membuat perancangan untuk membedil bandar Petrich sebelum Liga Bangsa-Bangsa campur tangan dan mengutuk serangan tersebut. Sebuah jawatankuasa antarabangsa kemudiannya telah merunding gencatan senjata di antara dua negara ini selepas perang ini telah meragut nyawa seramai 50 orang.
4. Perang Telinga Jenkins
Pada 1738, seorang pelaut British Robert Jenkins telah hadir ke parlimen untuk tunjukkan telinganya yang telah dipotong di hadapan ahli-ahli parlimen. Sebagai sebahagian dari testimoni rasminya, Jenkins mendakwa bahawa pengawal pantai Sepanyol telah menghiris telinganya tujuh tahun lalu sebagai hukuman kerana menyeludup.
Ekoran ini, British telah melancarkan perang ke atas kerajaan Sepanyol sekaligus mencetuskan ‘Perang Telinga Jenkins’.
Tapi sebenarnya, British dan Sepanyol dah tak puas hati dengan satu sama lain sejak tahun 1700-an dan telinga Jenkins ini hanya digunakan sebagai alasan untuk berperang. Dikatakan, dua negara ini telah lama bergaduh tentang sempadan di antara Spanish Florida dan British Georgia beserta Sepanyol yang dikatakan sering mengganggu kapal-kapal English seperti yang dialami oleh Jenkins.
Peperangan di antara dua negara ini telah bermula pada akhir tahun 1739 dan berterusan selama dua tahun di Florida dan Georgia dan sepanjang tempoh ini, tak ada tanda-tanda menunjukkan salah seorang dari mereka adalah pemenang.
Konflik ini kemudiannya digabungkan dengan perang yang lebih besar iaitu Perang Penggantian Austria yang berterusan sehingga 1748.
5. Perang Cerek
Selama lebih dari seabad, Belanda utara telah menjadi sebuah republik bebas manakala Belanda selatan telah dikuasi oleh Empayar Rom Suci. Satu hari pada tahun 1784, maharaja ini tiba-tiba membuah keputusan yang dia mahukan pelabuhan dibuka di selatan untuk berdagang melalui Sungai Schelt.
Kalau korang nak tahu, pelabuhan tersebut telah ditutup oleh Belanda selatan selama beratus-ratus tahun. Daripada cuba untuk minta baik-baik, Maharaja Rom Suci ini telah menghantar beberapa kapal ke sungai tersebut termasuk satu kapal yang sangat canggih iaitu kapal Le Louis.
Kapal canggih ini kemudiannya telah bertembung dengan satu kapal Belanda the Dolfijn dan satu tembakan telah dilepaskan ke arah Le Louis. Tak ada orang yang cedera namun tembakan tersebut telah terkena cerek sup dan menyebabkan mereka menyerah diri serta merta sekaligus menyelamatkan Netherlands.
Walaupun tak ada pertumpahan darah yang berlaku, maharaja tersebut sangat marah selepas hilang kapal canggihnya, negara-negara lain di Eropah yang sedar tentang apa yang berlaku ini telah meminta agar Empayar Rom Suci meninggalkan Belanda selatan yang ditaklukinya itu.
Sumber: History