Sukan gusti merupakan antara sukan yang paling digemari ramai. Mana taknya, dengan perlawanan gusti yang penuh skill dan taktik digunakan pemain dalam ring, menjadikan sukan ini popular seluruh dunia sehinggakan ada organisasi ditubuhkan khusus untuk sukan ini seperti World Wrestling Entertainment (WWE) dan All Elite Wrestling (AEW).
Menariknya, sukan gusti ini juga dikatakan sukan yang tertua pernah wujud! Jadi, memang banyaklah ahli-ahli gusti yang ada seperti John Cena dan Hulk Hogan. Tapi, tahu tak korang antara semua penggusti ni, ada di antara mereka sebenarnya merupakan orang Islam tau! Oleh itu, mari min kenalkan pada korang satu per satu.
1. Daivari Brothers
Penggusti pertama ini merupakan dua adik-beradik yang berasal dari Iran dan berdarah Parsi. Si abang bernama Shawn Daivari kini bertugas sebagai salah seorang penerbit WWE dan pernah menjadi pengurus bagi Muhammad Hassan dan The Great Khali.
Adiknya pula bernama Ariya Daivari, masih aktif dalam dunia gusti. Sepanjang kariernya, banyak kejohanan yang dia menang seperti AWF Elite dan PTW Heavyweight.
2. Mansoor
Mansoor atau nama penuhnya, Mansoor Al-Shehail merupakan ahli gusti dari negara Arab Saudi. Selain itu, dia juga mempunyai nama panggilan iaitu “Big Money Manny” yang pernah dikenali suatu ketika dahulu. Namun begitu, pada masa kini dia jarang sekali membuat kemunculan di kaca tv, tapi aktif dalam YouTube WWE – Smackdown.
Dia juga merupakan salah seorang ahli Maximum Male Models yang boleh dikatakan sebuah kumpulan ‘comedy act‘ dalam WWE.
Artikel berkaitan: Sengaja Tidak Kurangkan Berat, Atlet Gusti Iran Tarik Diri, Enggan Berdepan Wakil Israel
3. Mustafa Ali
Penggusti kelahiran Amerika Syarikat ini, merupakan seorang Muslim yang nama sebenarnya adalah Adeel Alam. Pemuda yang berdarah kacukan Pakistan-India ni telah memulakan kerjayanya dalam WWE pada tahun 2003.
Sejak dari itu, dia banyak memenangi pelbagai kejuaraan seperti Dreamwave Alternative dan World Championship. Disebabkan itu, beliau diberi julukan WWE Superstar dan bernilai hampir sejuta dolar Amerika tau!
Artikel berkaitan: “Bertanjak ke Hollywood” – Shaukat Jadi Penggusti Malaysia Pertama Ke ‘Reality of Wrestling’
4. Sami Zayn
Kalau nak sembang mengenai populariti atlet gusti, Sami Zayn boleh dikatakan antara salah seorang yang paling terkenal dalam dunia gusti. Nama sebenarnya ialah Rami Sebei dan dia adalah berdarah Syria, namun dilahirkan di Kanada setelah keluarganya berpindah ke negara musim luruh itu.
Menariknya, dia juga merupakan seorang yang aktif dalam membantu mangsa-mangsa keganasan yang ada di Syria. Buktinya, hasil koloborasi Sami dengan Syrian American Medical Society, terciptalah satu ‘mobile clinic‘ yang lengkap dengan peralatan dan staf perubatan. Dipercayai, usahanya itu semakin berkembang dari masa ke masa.
Bukan tu je, dia juga memegang pendirian untuk menyedarkan dunia yang umat Islam ni adalah sama rata dengan orang lain bukan sahaja di kaca tv, malah di kehidupan sebenar. Macam nilah baru kita tabik, korang!
5. The Iron Sheik
Penggusti terakhir ini juga tidak kalah hebatnya! Berasal dari Iran, dia dulu dikenali antara salah satu ‘best villain‘ dalam WWE dan pernah menentang ahli gusti hebat yang lain seperti Bob Backlund dan Sgt. Slaughter.
Nama sebenarnya ialah Hossein Khosrow Ali Vaziri dan sejak penglibatannya dalam dunia gusti, dia dianggap sebagai ‘legend‘ kerana sifatnya yang lantang bersuara. Walaupun begitu, kisahnya berakhir apabila dia dilaporkan telah meninggal dunia pada 7 Jun 2023 ketika berusia 81 tahun.
Sumber: YouTube