Ketika pejuang Hamas melakukan serangan mengejut ke atas Israel lebih seminggu yang lalu, ramai komuniti antarabangsa telah bersuara tentang perkara ini.
Pun begitu, sehingga kini Israel telah berterusan membedil Gaza dan menyerang rakyat Palestin telah menyebabkan beberapa kerajaan di seluruh dunia mengkritik tindakan Israel dan ada yang tidak takut-takut menunjukkan sokongan mereka terhadap Palestin.
Jadi dekat bawah ni adalah senarai negara-negara yang telah meminta Israel untuk hentikan serangan mereka terhadap Palestin dan membuat gencatan senjata.
Artikel berkaitan: Konflik Israel-Palestin: Ini Semua Korang Perlu Tahu Tentang Konflik Terpanjang Di Dunia
Artikel berkaitan: Israel Nak Bahagikan Masjid Al-Aqsa Kepada Muslim & Yahudi, Ini Apa Korang Perlu Tahu
1. Algeria
Menteri Hal Ehwal Luar Negara, Algeria baru-baru ini telah mengutarakan kebimbangan mereka ke atas serangan Israel terhadap Gaza dengan mengatakan bahawa mereka telah melanggar undang-undang hak asasi antarabangsa.
Algeria juga turut meminta campur tangan antarabangsa bagi melindungi orang-orang Palestin serta hak mereka untuk menyelesaikan konflik ini.
2. Kesatuan Afrika
Pengerusi Kesatuan Afrika Moussa Faki Mahamat telah menekankan bahawa penafian hak asasi ke atas orang Palestin merupakan punca utama berlakunya konflik ini.
Kesatuan Afrika juga telah memohon supaya kedua-dua pihak menghentikan permusuhan ketenteraan ini dan berunding secara aman.
3. Belize
Belize telah mengecam kekejaman di antara Hamas dan Israel serta turut menggesa supaya peperangan ini dihentikan segera sementara menyokong Palestin sebagai sebuah negara dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya serta menuntut kepulangan penduduk Palestin ke tanah air mereka.
4. Brazil
Menteri Hal Ehwal Luar Negara, Mauro Luiz Iecker Vieira berkata yang negaranya telah menerima berita bahawa tentera Israel telah meminta kesemua penduduk yang tinggal di utara Gaza untuk meninggalkan tempat tersebut dalam masa 24 jam.
Vieira yang bercakap di New York selepas mesyuarat PBB ini mengatakan pemindahan besar-besaran seperti itu boleh menyebabkan kesengsaraan yang tak pernah berlaku dan menyeru agar keganasan dari kedua-dua belah pihak dapat dihentikan.
5. Colombia
Presiden Colombia, Gustavo Petro telah menekankan bahawa Israel dan Palestin perlu berunding secara aman dan bersetuju untuk membahagikan tanah tersebut kepada dua negara. Dia turut membuat perbandingan tentang situasi di Gaza ini dengan kekejaman yang pernah berlaku pada zaman dulu.
Gaza hari ini dilihat telah musnah atau lebih musnah dari Warsaw Ghetto selepas ia dihancurkan oleh Nazi ketika pemberontakan Yahudi dan sosialis di kem tahanan tersebut.”
6. Cuba
Cuba telah mengutuk kekejaman yang berlaku di Israel dan Palestin dan turut mengaitkan pencabulan hak ke atas rakyat Palestin.
7. Indonesia
Indonesia telah menyeru keganasan dihentikan dengan segera bagi mengelakkan kematian yang lebih banyak serta mengatakan bahawa pendudukan Israel ini merupakan punca utama konflik ini berlaku.
8. Iraq
Iraq menngatakan serangan ke atas Gaza merupakan penindasan berterusan ke atas Palestin di bawah penjajahan Israel.
9. Iran
Jurucakap Kementerian Luar Negara Iran, Nasser Kanaani mengatakan tindakan Palestin merupakan reaksi semulajadi atas provokasi dari Israel.
10. Ireland
Perdana Menteri Ireland, Leo Varadkar telah mengecam tindakan Israel memutuskan bekalan elektrik, memotong bekalan bahan api dan air dengan mengatakan ia telah mencabuli undang-undang hak asasi manusia dan hukuman yang kolektif.
11. Kuwait
Menteri Hal Ehwal Luar Negara Kuwait telah mengutarakan kebimbangannya terhadap peningkatan situasi yang berlaku di Gaza dan memanggil komuniti antara bangsa untuk menghentikan keganasan, melindungi orang Palestin dan mengakhiri provokasi Israel.
Ia telah memberi amaran bahawa penerusan keganasan tanpa pencegahan akan menjejaskan usaha damai dan prospek penyelesaian di antara dua negara ini.
12. Maghribi
Maghribi yang sedang dalam proses untuk menjalinkan hubungan diplomatik penuh bersama Israel di bawah Perjanjian Abraham telah menyuarakan kebimbangannya atas situasi di Gaza dan meminta agar keganasan ini dihentikan dan kemanan dikembalikan. Negara ini turut menekankan kepentingan untuk berunding bagi mencapai persetujuan dua negara.
Ketika sesi Liga Arab, Menteri Hal Ehwal Luar Negara, Nasser Bourita telah menekankan sokongan penuh dan tidak berbelah bahagi Maghribi terhadap Palestin.
13. Malaysia
Malaysia telah meminta agar keganasan yang berlaku di Jalur Gaza dengan menekankan penjajahan berpanjangan dan penderitaan orang Palestin serta mengatakan pencemaran Masjid Al-Aqsa sebagai punca konflik.
14. Maldives
Kerajaan Maldives telah mengutarakan kebimbangan terhadap peningkatan kekejaman di Jalur Gaza dan menyatakan solidaritinya terhadap orang Palestin.
15. Norway
Menteri Hal Ehwal Luar Negara Norway, Anniken Huitfeldt telah mengkritik penutupan Gaza yang dianggap melampau serta menekankan bahawa hak Israel untuk mempertahankan diri perlu mematuhi undang-undang antarabangsa.
16. Oman
Oman telah menyatakan kebimbangan terhadap peningkatan situasi yang berlaku di Palestin dan Israel dengan menekankan bahawa kedua-dua pihak perlu menahan diri dan meminta campur tangan antarabangsa untuk menenangkan situasi.
17. Pakistan
Menteri Luar Pakistan (interim), Jalil Abbas Jilani telah mengecam pengeboman yang dibuat oleh Israel ke atas Jalur Gaza dan menyamakan tindakan tersebut sebagai pembunuhan beramai-ramai.
18. Qatar
Qatar telah meminta semua pihak untuk menghentikan keganasan dan mengatakan bahawa Israel bertanggungjawab atas situasi yang berlaku sekarang ekoran pencabulan hak rakyat Palestin lebih-lebih lagi pencerobohan Israel ke dalam Masjid Al-Aqsa.
Menteri Hal Ehwal Luar Negara pula menggesa komuniti antarabangsa untuk meminta Israel menghormati undang-undang antarabangsa dan memberikan hak bersejarah kepada orang Palestin dan menghalang keganasan ke atas rakyat Palestin.
19. Rusia
Rusia menegaskan bahawa konflik Israel-Palestin tak boleh diselesaikan dengan kekasaran tapi melalui cara politik dan diplomatik. Rusia meminta agar gencatan senjata segera dijalankan.
Presiden Vladimir Putin menegaskan supaya kemerdekaan diberikan kepada Palestin dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya bagi menyelesaikan isu ini.
Selain itu, Moscow juga enggan menyenaraikan Hamas sebagai organisasi pengganas mengikut langkah yang diambil oleh Perancis dan Persekutuan Eropah awal minggu ini.
20. Syria
Syria telah memuji tindakan Hamas menyerang Israel pada 7 Oktober lalu dan mengkritik penjajahan Israel.
21. Afrika Selatan
Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa, telah menyatakan sokongan negaranya kepada Palestin di dalam kenyataan terbuka dan memanggil Israel sebagai rejim penindas.
22. Venezuela
Kerajaan Venezuela telah menyuarakan kembimbangan terhadap situasi di Jalur Gaza dan meminta agar keganasan dihentikan di seluruh Palestin dan meminta agar PBB memainkan peranan mereka sebagai jaminan keamanan.
Sumber: Al-Jazeera