Rata-rata rakyat Malaysia sedia maklum bahawa kita akan keluar mengundi pada 19 November 2022. Malah baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengisytiharkan tarikh cuti umum iaitu pada 18 dan 19 November 2022 sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Menjelang hari mengundi pada Sabtu ini banyak syarikat makanan dan minuman (F&B) menawarkan pelbagai promosi menarik untuk menggalakkan rakyat agar keluar mengundi.
Jadi, jom kita tengok tawaran menarik dari syarikat-syarikat F&B berikut, tapi korang kena pastikan yang jari korang berdakwat baru lah dapat promosi ni!
*Promosi yang diadakan ini tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh syarikat tersebut.
1. Tealive
Tealive tidak melepaskan peluang untuk menawarkan potongan harga ketika hari mengundi dengan mengadakan promosi dua minuman untuk hanya RM15 sahaja! Promosi ini sah mulai 14 November sehingga 20 November 2022. Anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan berdekatan dengan tempat mengundi anda.
2. Taco Bell
Taco Bell akan mengadakan hidangan promosi ‘Voting Day Meal’. Mereka menawarkan hanya RM5 sahaja untuk pembelian Loaded Griller. Anda akan menikmati penjimatan sebanyak RM5.40 bagi satu set makanan dan minuman. Berbaloi Griller!
3. Secret Recipe
Kalau korang rasa haus lepas beratur ramai-ramai masa mengundi tu, korang boleh la singgah ke Secret Recipe. Mereka menawarkan sebanyak 30% diskaun untuk mana-mana pembelian minuman pada 19 November nanti. Syarat dia, korang kena tunjuk jari korang yang dah berdakwat tu.
4. Marrybrown
Kepada penggemar Marrybrown, memang korang bertuah sebab mereka akan memberikan 1 ketul MB Crispy Chicken secara percuma pada 19 November 2022 dengan mana-mana pembelian set kombo. Jangan lupa untuk tunjukkan jari korang yang berdakwat tu untuk menikmati hidangan ayam secara percuma.
5. Ikea
Cuaca dekat Malaysia ni biasa lah panas kan? Korang boleh tebus sweet treats di Swedish Bistro, IKEA dengan menunjukkan jari korang yang berdakwat tu. Tapi korang kena cepat tau sebab promosi ini hanya terhad kepada 500 redemptions per store.
6. TGI Fridays Malaysia
Kalau tiba-tiba korang mengidam nak makan burger dan fries yang padu, korang boleh lah singgah di mana-mana cawangan TGI Fridays. Sempena hari mengundi, mereka akan mengadakan potongan harga sebanyak 15% untuk menu burger mereka.
7. GSC Cinemas
Disebabkan 19 November adalah cuti umum. Kalau korang banyak free time lepas mengundi, boleh lah korang pergi menonton wayang di GSC Cinemas dan tebus free small popcorn. Macam biasa jangan lupa untuk tunjuk jari korang yang berdakwat tu.
8. Nandos
Nando’s tak melepaskan peluang ini untuk menawarkan menu sampingan secara percuma dengan pembelian mana-mana hidangan utama mereka. Apa tunggu lagi korang boleh dapatkan tawaran ni di Nando’s berdekatan dengan tempat korang!
9. The Alley
Siapa je yang tak minat Black Milk Tea daripada The Alley? Korang boleh tunjukkan jari mengundi anda dan boleh menikmati minuman dari The Alley dengan hanya RM15 sahaja untuk 2 Black Milk Tea. Promosi ini bermula pada 19 sehingga 20 November 2022 sahaja. Jangan lepaskan peluang korang!
10. Old Town White Coffee
Berita baik buat coffee lover di luar sana! Masa korang keluar mengundi, boleh lah singgah di Old Town White Coffee untuk menebus secawan kopi. Syarat dia masih sama, korang perlu menunjukkan jari korang yang berdakwat tu.
11. Hokkaido Baked Cheese Tart
Hokkaido Baked Cheese Tart akan memberi potongan harga sebanyak 15% untuk pembelian Classic Cheese Tart. Pelanggan hanya perlu menunjukkan jari mereka yang berdakwat untuk mendapatkan promosi ini.
12. Kopi Saigon
Kopi Saigon ni bukan nama yang asing lagi buat coffee lover. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan secawan kopi secara percuma dengan pembelian minima 2 cawan kopi. Haa, jangan lupa untuk tunjuk dakwat di jari korang tu untuk tebus kopi free ni.
Fuhhhh! Menarik betul semua promo ni! Tak sabar nak tunggu lepas mengundi nanti! Tak boleh nak decide la nak pergi mana satu dulu..
Baca : ‘First Time’ Nak Mengundi? Jangan Risau! Ini 10 Langkah Yang Perlu Korang Lakukan