Esok bakal berlangsung perlawanan bola sepak di antara Terengganu FC (TFC) dan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu.
Terbaru, Kerajaan negeri Terengganu mengambil pendekatan menyediakan tempat duduk khas untuk penonton wanita bagi mengelakkan percampuran antara jantina sewaktu menonton perlawanan bola sepak.
Artikel berkaitan: Kejohanan Bola Sepak MSSD Kecoh, Pelajar Didakwa Cuba Pukul Pengadil
Artikel berkaitan: Remaja Rebah, Meninggal Dunia di Stadium, Tidak Sempat Tonton Perlawanan KDA FC Melawan JDT
Menurut laporan Kosmo!, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim berkata, tempat duduk khas berkenaan akan disediakan pihak pengurusan stadium bermula aksi Liga Super itu.
Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) memberitahu, penyediaan tempat duduk khas itu diambil bagi menangani isu pencampuran bebas antara penonton lelaki dan wanita sewaktu perlawanan separuh akhir Piala FA melibatkan TFC dan Selangor pada minggu lalu.
“Stadium bersifat terbuka, golongan wanita tidak dihalang daripada memasuki mana-mana pintu masuk atau duduk di mana-mana tempat duduk penonton di dalam stadium.
Cuma (tempat duduk khas) ini usaha untuk mendukung tuntutan dalam agama dan patuh syariah sambil berharap mengurangkan percampuran lelaki dan wanita ketika menyaksikan bola sepak,” katanya.
Dalam pada itu, pengurusan Kompleks Sukan Negeri Terengganu (KSNT) dan TFC juga menyediakan ruangan untuk penonton keluarga.
Sumber: Kosmo!