Siapa sahaja yang tak terkejut dan teruja apabila orang yang kita tak terfikir di akal tiba-tiba hubungi kita untuk support perniagaan kecil kita, kan? Itulah apa yang dirasai oleh seorang peniaga kek lapis yang dikenali sebagai Arinah Ahmad ini.
Ketika Arinah mempromosikan peniagaan kek lapisnya, katanya sambutan tidaklah begitu meriah, namun tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Tiba-tiba pelakon, pengacara dan pelawak terkenal Zizan Razak masuk ke live miliknya dan ingin membeli hasil jualannya itu.
Artikel berkaitan : Balas Emoji Love Di Ruangan Komen, Nadia Brian & Zizan Razak Ada Apa-Apa Ke?
Artikel berkaitan : “So kalau perempuan nak kahwin awal, try couple dengan Zizan” – Netizen
Jelasnya, ketika Zizan masuk ke dalam live wanita ini, penyanyi lagu Infiniti Cinta ini ada bertanyakan kepada Arinah jumlah jualan yang dia peroleh untuk hari tersebut. Arinah pada mulanya tidak begitu ambil pusing kerana ingatkan ia adalah akaun palsu.
“Saya pun beritahulah tak lah banyak mana. Dalam ratus-ratus je, tak cecah ribu pun untuk hari ni. Kalau TikTok, saya baru join seminggu lebih so memang tak banyak sale lagi.”
“Bagi no account. Saya support.”
“Saya pun, aipp sahih dah. Memang fake account ni. Hahahah. Saya pun cakap la, ‘Tak tahu la Zizan yang betul ke fake account.’ Tapi takpelah, kita layan je. Saya pun mengantuk ni tak tahu nak sembang ape dah. Baguslah orang tanya soalan.”
Bagaimanapun, usai sesi live itu tamat, dia menerima mesej daripada Zizan yang ingin meminta nombor akaun miliknya, Katanya, Zizan memberitahu bahawa dia terharu melihat peniaga seperti Arinah ini bekerja sampai lewat malam, malah Zizan juga berterima kasih kepadanya kerana membenarkan dirinya bersedekah kerana Allah S.W.T.
Bagaimanapun, tanda tanya wanita ini terjawab apabila dia menerima bayaran tersebut dan individu tersebut memang benar Zizan Razak setelah membaca nama pengirim.
Selain rasa gembira, wanita ini juga berterima kasih kepada Zizan kerana membeli hasil jualannya dan terus akan menjalankan amanah Zizan untuk agihkan hasil jualannya itu kepada surau dan masjid yang berdekatan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang mahu support bisnes wanita ini, apapun semoga Zizan Razak dan peniaga ini sentiasa dimurahkan rezeki dan urusan dipermudahkan. Amin.
Sumber : Thread