Semalam, rakyat Malaysia di pelbagai negeri berpeluang menyaksikan sendiri fenomena penghijaban gelinciran planet Zuhrah (Venus) dengan bulan, di mana planet tersebut dilihat berada sangat dekat dengan bulan.
Menurut laman web Falakonline.net, jarak kedua objek ini dipisahkan sejauh 21 arc minit.
Pada mulanya, ramai yang menyangkakan bahawa cahaya kecil di hujung bulan itu merupakan satelit, namun sebenarnya ia adalah planet Zuhrah.
Pemandangan fenomena penghijaban (occultation) planet Zuhrah dengan Bulan yang dirakam pada pukul 7.38 malam tadi, di mana jarak kedua-duanya dipisahkan sejauh 21 arc minit.
? : Mohd Khairul Fikiri Osman pic.twitter.com/HcYv85q0wh
— BERNAMA TV ?? (@BernamaTV) March 24, 2023
Memetik laporan Harian Metro, kali terakhir fenomena seperti itu terjadi di Malaysia adalah pada 27 Mei tahun lalu dan ia dijangka akan berlaku lagi pada tahun 2026.
Menurut Shahrin Ahmad iaitu Rektor Akademi Falak Malaysia, pada ketika itu, fenomena ini berlaku pada waktu siang, jadi ramai yang tak berkesempatan untuk melihatnya.
Difahamkan lagi, fenomena ini turut dikenali sebagai occultation dalam bahasa Inggeris.
Live: Lunar occultation of Venus refers to the moon orbiting between Earth and Venus. When they line up in a straight line, the moon will pass in front of Venus and block it from our sight. Let's enjoy the rare cosmic spectacle! https://t.co/OFsqXR2LQz
— CGTN (@CGTNOfficial) March 24, 2023
Menurut BERNAMA, planet tersebut amat dekat dengan lintasan bulan pada waktu yang sama dan rata-rata netizen mengatakan mereka berpeluang melihat momen itu sekitar waktu Maghrib hingga Isyak.
Sangat menarik untuk kita cerap fenomena penghijaban planet Zuhrah dengan bulan ini kerana ia dapat menunjukkan saat-saat cahaya daripada Zuhrah hilang, muncul dan pudar sedikit daripada kesan ia bergerak di celah-celah lurah dan gunung di ufuk permukaan bulan,” kata Shahrin Ahmad.
Untuk pengetahuan anda semua, planet Zuhrah yang merupakan planet kedua daripada Matahari ialah planet yang terpanas dalam sistem suria.
Kepanasannya boleh meleburkan plumbum tau!
Planet Zuhrah atau Kejora bersama Bulan.
Planet kedua dari Matahari. Planet terpanas dalam sistem suria sehingga mampu meleburkan plumbum.
Kepanasannya berpunca daripada ketebalan karbon dioksida & asid sulfurik yang memerangkap haba.#TriviaZM pic.twitter.com/rqEeO9AMq2
— Zamir Mohyedin (@zamirmohyedin) March 24, 2023
Sumber: Harian Metro, BERNAMA, Twitter
Baca: “Indah ciptaan Tuhan!”- Netizen Kongsi Fenomena Gerhana Bulan Penuh Warna Merah Dari Pelbagai Negara