Berikutan kes Covid-19 yang masih belum reda di negara kita, kebanyakan kelas terpaksa dilakukan secara online. Nak tak nak, pelajar semua kena akur dengan arahan yang dikeluarkan. Online pun online la.
Tapi, kalau kelas aktiviti fizikal pula macam mana nak online? Hmm terfikir juga tu…
Berenang atas katil
Menerusi satu perkongsian video yang dimuat semalam oleh seorang pengguna Tiktok bernama Abdul Muhaimin, dia berkongsi keadaan di bilik asramanya yang sedang membuat persiapan untuk kelas online. Tapi ni bukan kelas online biasa tau.
Diorang tengah nak get ready kelas online untuk aktiviti fizikal iaitu berenang. Lain macam weh berenang pun online. Macam mana la tu.
@abdulmuhaimin.19 ODL’s things.. Kelas fizikal tapi di”onlinekan” . Terimalah dari kami student pendidikan pjk. #uitm #uitmpuncakalam #fyp
Pelajar jurusan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan itu kelihatan gigih pakai swimsuit siap pakai goggle. Tapi diorang hanya mampu ‘berenang’ di depan laptop masing-masing sahaja. Disebabkan tak boleh berenang dalam kolam, ada yang ‘berenang’ atas katil, atas lantai pun ada juga.
Yang paling kelakar, ada yang kononnya ‘berenang’ guna kasut sekali tau. Memang macam-macam kerenah kelas online ni.
Ingatkan kawad online dah teruk
Melihat di ruangan komen video tersebut, ramai netizen yang cukup terhibur tengok gelagat pelajar-pelajar itu yang bersemangat nak ‘berenang’. Dulu orang ingat kelas kawad online dah cukup kelakar, rupanya ada yang lagi kelakar.
Tak sangka kelas berenang pun boleh buat online. Agaknya aktiviti fizikal apa lagi yang nak di’online’kan?
Sumber: abdulmuhaimin_esw
Baca:“Ke kanan pusing!” -[Video] Netizen Terhibur Tengok Pelajar Kawad Kaki ‘Online’ Dalam Bilik