Sejak akhir-akhir ini, kedai teh dan ais krim Mixue menjadi sebutan ramai dan boleh kata setiap cawangan mereka pastinya penuh dengan orang ramai yang tak ingin melepaskan peluang untuk menikmati minuman mahupun manisan dari kedai berkenaan.
Pun begitu, sebuah video TikTok baru-baru ini tular selepas papan tanda ‘kutipan’ di salah satu cawangannya dieja sebagai ‘collectiong’ dan perkara tersebut telah menjadi perbualan ramai setelah ada lebihan satu huruf dalam ejaan ‘collection’ itu.
Dalam masa yang sama, seorang pengguna X telah memuat naik video berkeaan dan berjenaka dengan mengatakan Mixue telah membuka cawangan di Terengganu.
Mixue dah buka new outlet kat Terengganu: pic.twitter.com/jYC4zUmpGD
— aLeL ? (@AzlilAdzif) February 3, 2024
Walaupun ia sebagai jenaka, tidak kurang juga yang percaya kedai tersebut betul-betul dibuka di Terengganu kerana ejaan tersebut kerana seperti kebiasaan loghat Terengganu, sesetengah perkataan akan ditambah G di penghujung seperti ikan (ikang), makan (makang) dan sebagainya.
Artikel berkaitan : Wanita Maut Insiden Roti Basi, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Lakukan Siasatan Lebih Terperinci
Artikel berkaitan : Pondok ‘Parking’ Dibakar Di Terengganu Gara-gara Caj Bayaran Terlalu Mahal?
Jadi tidak hairanlah mengapa ramai menyangka Mixue telah dibuka di negeri tersebut gara-gara ejaan ‘collectiong’ yang terpampang di papan tanda yang tular itu.
Namun, menurut semakan di laman web Mixue, tiada cawangan di Terengganu dan yang terdekat dengan Terengganu hanyalah satu cawangan di Kuantan dan menurut laporan, sekiranya diperhatikan tulisan serta harga yang tertera di video tular berkenaan ialah dalam KIP bukannya RM.
Ini bermakna, cawangan yang dipaparkan dalam video berkemungkinan di Laos, namun tidak dapat dipastikan secara tepat cawangan yang dimaksudkan.