in

“Ingat dah meninggal” – Keluarga Tak Percaya, Lelaki Hilang Ketika Tsunami 17 Tahun Lepas Ditemui Masih Hidup!

Anggota Brimob Mabes Polri Abrip Asep 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila berlakunya bencana alam seperti tsunami atau gempa bumi, ramai yang akan hilang orang tersayang dan kemungkinan untuk bertemu semula selepas hilang lama adalah sangat tipis.

Namun baru-baru ini, Kompas melaporkan seorang pegawai polis yang hilang akibat tsunami yang melanda Aceh pada Disember 2004 yang lepas telah ditemui masih hidup di sebuah hospital sakit jiwa selepas 17 tahun!


Walaupun lelaki ini telah mengalami masalah jiwa ekoran dari tragedi yang menimpa dirinya itu, lelaki tersebut, Abrip Asep dikatakan berada dalam keadaan yang sihat.

Menurut ahli keluarga Abrip Asep, lelaki ini dikatakan sedang bertugas di Lautan India semasa gempa bumi dan tsunami melanda Aceh pada 26 Disember 2004.

Anggota Brimob Mabes Polri Abrip Asep

Salah seorang dari ahli keluarga Abrip Asep yang juga turut sama bertugas ketika tsunami telah mengesahkan berita penemuan ini.

Ternyata itu memang benar Asep. Rasanya tidak percaya, 17 tahun tidak ada khabar kami sangka dah meninggal ternyata masih hidup.

Alhamdulillah, walaupun ada gangguan kerana bencana tetapi keluarga tetap bersyukur dapat bertemu Asep dalam keadaan masih hidup.”

Dikatakan, gambar Abrip berpakaian seragam polis dan gambar terbaru yang ditemui itu telah diletakkan bersebelahan dan keluarga yakin itu adalah Abrip Asep.

Pun begitu, ekoran keadaan Abrip Asep yang tak menunjukkan apa-apa ekspresi, pihak polis masih belum memastikan sama ada lelaki itu benar-benar lelaki yang sama seperti didakwa dan akan membuat ujian DNA serta dibawa bertemu keluarga.

 

Baca: “Saya takkan berhenti” – Lepas 10 Tahun, Lelaki Ni Masih Berenang Cari Isteri Hilang Dalam Tsunami Jepun

Screenshot 2021 03 18 At 3.10.08 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.