in

Influencer Sado Meninggal Dunia Masa Workout, Polis Siasat Mungkin Ada Unsur Jenayah

Ft Polis Siasat Mungkin Ada Unsur Jenayah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lalu, tular satu berita mengenai kematian seorang pempengaruh dan jurulatih kecergasan dari Indonesia yang berpunca daripada patah leher ketika cuba mengangkat barbel.

Memetik laporan Harian Metro, ketika kejadian, mangsa Justyn Vicky, 33, sedang melakukan rutin kecergasan di sebuah pusat gimnasium di Bali, Indonesia pada Sabtu.


Dalam satu video yang tersebar di laman sosial, Vicky dilihat dalam keadaan mencangkung dengan barbel di bahunya. Bagaimanapun, dia kelihatan tidak dapat berdiri tegak selepas mencangkung.

 

Ada unsur jenayah?

Khabar berita ini semakin mendapat perhatian warganet lagi apabila anggota polis yang sedang menyiasat kes ini mendapati bahawa ada kemungkinan terdapat unsur jenayah, Ketua Polis Denpasar Selatan, AKP Ida Ayu Made Kalpika Sari, berkata, pihaknya masih melakukan kesahihannya.

“Dalam hal ini, Unit Siasatan Jenayah Polres Denpasar Selatan masih melakukan siasatan untuk menemukan perbuatan jenayah tersebut,” lapor Kompas menerusi Astro Awani.

Screenshot 2023 07 26 123243

Tambahnya, polis menerima maklumat berhubung musibah yang menimpa mangsa hasil muat naik video tular di media sosial.

Rasa syak wasangka itu juga mula timbul apabila pihak pengurusan pusat kecergasan tersebut tidak mengambil inisiatif untuk melaporkan tragedi itu kepada polis.

Screenshot 2023 07 26 123144

“Siasatan polis bukan berdasarkan laporan pihak pengurusan tetapi maklumat berkaitan berita viral Justyn yang meninggal dunia akibat mengangkat beban,” katanya.

Dalam kes ini, sambung Kalpika, pihaknya telah memanggil dua saksi yang bersama mangsa ketika kejadian. Keduanya disoal siasat pada minggu lalu.

Baca : Pempengaruh Kecergasan Maut Akibat Patah Leher Ketika Lakukan Senaman ‘Barbell’

Cats 53

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.