Bila dah masuk fasa sekarang ini, pasti korang dah mula rindu mana-mana tempat atau kedai makan yang korang suka sebelum ini, mungkin tempat kegemaran korang itu telah ditutup akibat pandemik.
Biarpun kita dapat lihat keadaan beransur pulih, masih banyak perniagaan yang masih merangkak dan masih lagi terkesan. Namun, sungguh tak sangka masih wujud lagi golongan influencer yang suka ambil kesempatan dengan taktik ‘mengemis’ ni dekat orang yang tengah kesempitan.
Minta makan percuma, siap bayar kat dia lagi
Rasanya pasti ramai dah tahu apa taktik ‘mengemis’ yang dimaksudkan, tak bayar dengan duit tapi dengan exposure, kononnya boleh menaikkan nama kedai makan, jadi orang tak perlu bayar. Walaupun dah dianggap ‘kuno’ masih ada lagi yang lakukannya.
Seorang pemilik restoran di Australia, Katie Moron menyatakan dia telah dihubungi oleh seorang influencer yang mahu menikmati makanan percuma di premisnya, lapor sumber.
Influencer tersebut menawarkan review makanan menerusi media sosial sebagai ‘bayaran’ kepada hidangan daripada restoran tersebut. Bagaimanapun, Katie menjelaskan bahawa kaedah itu tidak mampu dia berikan kerena dirinya kini hampir muflis.
Malah, ia lagi menambah beban kepada kewangannya yang semakin berkurangan, tak cukup dengan minta makanan percuma, influencer tu siap minta dia dibayar dan diberikan baucer lagi!
Tidak dinafikan rasa jengkel, tapi Katie tetap menolak dengan cara sopan. Selepas 9 tahun beroperasi, Katie mungkin akan menutup restorannya pada bulan ini, ia susulan dengan kekurangan sambutan selepas Covid-19.