Walaupun dunia kini dilanda gelombang Covid-19 varian Omicron, masih tidak disangkal lagi ada segelintir yang masih terselamat dari terkena jangkitan virus merbahaya itu.
Berkait dengan Covid-19, satu kenyataan oleh seorang pakar kesihatan dari Korea Selatan baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi. Dalam kenyataan itu, Naib Presiden Persatuan Vaksin Korea Selatan, Ma Sang-Hyuk berkata, individu yang belum pernah dijangkiti Covid-19 berkemungkinan tidak mempunyai kawan.
Menurut laporan Korean Herald, doktor itu juga berkata orang dewasa yang belum pernah dijangkiti Covid-19 sebenarnya mungkin mempunyai masalah untuk mencipta hubungan.
Bercanggah dengan kenyataan yang dikeluarkan olehnya sebelum ini, Ma Sang-Hyuk pernah menyokong usaha untuk peralihan ke fasa endemik dan hidup bersama wabak. Beliau juga meminta orang ramai untuk lebih fokus kepada rawatan Covid-19 berbanding mematuhi peraturan penjarakan sosial.
Untuk rekod, satu catatan dari Wall Street Journal pada awal Februari lalu turut mengeluarkan kenyataan hampir sama dengan Ma Sang-Hyuk. Kenyataan itu mengatakan jika seseorang individu tidak mempunyai rakan yang dijangkiti Covid-19, bermakna individu itu tidak mempunyai kawan.
Baca: Perunding HR Dakwa Pemalsuan Keputusan Covid Berpunca Dari Pekerja Yang ‘Burnout’