Dengan keadaan ekonomi yang baru naik sejak negara kita berdepan dengan wabak COVID-19, semakin banyak cara kotor yang digunakan oleh penyamun sekarang untuk mendapatkan duit dengan cara senang.
Macam baru-baru ini, menerusi laman sosial Facebook ‘Info Penduduk Bandar Seri Putra’ telah tular sebuah tangkap layar dari seorang lelaki yang berkongsi kisahnya apabila dia dihampiri individu yang didakwa bekerja dengan syarikat tarik kereta.
Dua lelaki yang menaiki Myvi berwarna kuning telah megekori mangsa dari simpang Genom sampai ke Pekan Bangi. Apabila mangsa sampai di rumah, Myvi tadi telah memberhentikan kenderaan di sebelahnya.
Mereka memberitahu yang mereka dari syarikat tarik kereta dan kereta mangsa mempunyai tunggakan. Bagaimanapun, mangsa pasti yang keretanya tidak mempunyai tunggakan kerana dia membayar setiap bulan tanpa gagal.
“Saya suspect dia ada agenda lain. Saya terus ajak dia ke Balai Polis Bandar Seri Putra dan kita selesaikan di balai,” kata mangsa.
Mereka berdua bersetuju untuk berjumpa dan menyelesaikan kes ini di balai berdekatan.
https://www.facebook.com/infopendudukbsp/photos/a.552833004772132/5539989962723053/
Namun bila sampai di balai, sebaik mangsa turun daripada kenderaannya, Myvi tersebut telah memecut laju dan lesap tanpa dikesan. Nasib baik mangsa sempat mengambil gambar Myvi tersebut walaupun lelaki itu berjaya menutup mukanya.
Susulan kes itu, mangsa telah memuat naik gambar tersebut ke dalam group Whatsapp agar jiran-jirannya lebih peka tentang Myvi kuning itu. Selain itu, mangsa juga telah membuat laporan polis demi keselamatan dirinya.
Bijak betul mangsa ni terfikir nak selesaikan dekat balai. Kita semua harus peka dan berwaspada dengan taktik-taktik baharu yang digunakan oleh mereka ini agar kita tidak mudah terpedaya…
Baca : “Takut kena samun je ni”- Wanita Tunjuk Tukar Wang Tunai RM 2 Juta Untuk Raya Dikecam Netizen